Feeds:
Posts
Comments

Seafood Bawang Putih

Assalamualaikum semua.

Resipi hari ini pula adalah untuk peminat-peminat seafood. :D

Jom try..
image

Bahan-bahan:
1) 6 ekor udang besar dibersihkan. Kulit tidak dibuang tapi dibelah tengah buang urat hitam
2) 6 ekor sotong dibuang kulit dan dibersihkan. Sotong dipotong dua
3) 1 labu bawang putih (13 ulas). Tidak buang kulit dan dibasuh bersih. Diketuk dan dicincang
4) Cili padi dihiris kasar
5) 2 tbsp mentega
6) Serbuk lada putih dan garam secukupnya

Cara:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan
2) Masuk udang dan sotong
3) Bila banyak air udang dan sotong keluar, angkat udang dan sotong
4) Masak air udang sotong hingga pekat
5) Masukkan semula udang dan sotong
6) Masukkan cili padi dan garam. Goreng udang dan sotong sehingga kering.
7) Kemudian masukkan mentega dan kacau rata.
8) Akhir sekali tabur serbuk lada putih dan gaul sebati

Tempe berserai

Salam semua,

Hari ini saya sediakan resipi untuk peminat tempe.

Yummy!
image

Bahan-bahan:
1) 4 keping tempe dihiris dadu
2) 8 ulas bawang putih tanpa dibuang kulit, dibasuh bersih, diketuk dan dicincang
3) 10 biji cili kering dihiris dan dibuang biji
4) 3 batang serai diketuk.
5) Serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
6) Serbuk lada putih

Cara:
1) Tempe digaul kunyit dan garam secukup rasa.
2) Panas minyak dan goreng tempe
3) Kemudian masukkan bawang putih dan serai
4) Bila tempe hampir nak garing, masukkan cili kering
5) Tempe dah garing, tuang ke dalam penapis, toskan
6) Kemudian tabur serbuk lada putih secukupnya. Gaul sehingga rata

Bila makan dengan nasi, saya suka tempe digoreng sehingga garing dan sedikit masin..

Salam semua.
Adakah anda suka makan ulam raja? Ulam raja kalau dimakan dengan sambal belacan atau sambal tempoyak tentu enak sekali, lebih-lebih lagi bila makan bersama nasi panas. Jika ada pula ikan bakar atau ikan goreng.. sungguh menyelerakan.

Selain dimakan sebagai ulam, ulam raja juga boleh dibuat urap atau digoreng. Namun begitu ulam raja perlu dimasak sehingga lembut, kalau tidak ia akan menjadi liat dan rasanya nanti kurang sedap.

Jom masak.. :)

image

1) 1/2 mangkuk besar ulam raja yang telah dihiris. Batang keras dibuang
2) 1/3 mangkuk kecil daun kesum
3) 6 ulas bawang merah dihiris nipis
4) 2~3 tbsp kicap lemak manis cap tamin
5) Cili padi dihiris nipis
6) 1/2 cawan air
7) 1/2 kotak kecil santan kara
8) Serbuk lada putih
9) Garam secukup rasa

Caranya:
1) Panaskan air dalam periuk dan masukkan ulam raja
2) Bila ulam raja lembut, masukkan cili padi, bawang merah, daun kesum, santan dan kicap.
3) Mendidih saja, padam api
4) Akhir masukkan serbuk lada putih dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata

Khasiat: Ulam raja dikatakan herba untuk mencuci darah, tonik otot dan menguatkan tulang.

Rujukan:
Ong Hean Chooi: Sayuran
Khasiat makanan dan ubatan