Khasiat minyak zaitun.

Saya suka mengambil minyak zaitun. Tapi oleh kerana mengambilnya setiap pagi semasa sarapan, akhirnya timbul rasa jemu dan muak. Saya tukar pula kepada minyak biji anggur. :D

image

Ternyata kelebihan minyak ini dapat menurunkan kadar kolesterol ldl dan meningkat hdl.

image
Sangat menarik isi kandungan buku ini.

Pengalaman seorang teman yang mengalami kebas pada tangan, katanya rasa kebas ditangannya hilang apabila dia mengambil minyak zaitun pada waktu pagi dan malam; 5~6 tbsp sehari . Ramai juga kawan saya yang mengalami kebas terutama  ketika bangun tidur diwaktu pagi. Bolehlah cuba, mungkin dapat menyelesaikan masalah kebas-kebas.

Minyak zaitun menguatkan akar rambut tetapi kenalah rajin minyakkan rambut dan menyihatkan badan. Terdapat setengah penduduk di negara barat mengambil minyak zaitun sebagai tonik. Ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung, mengawal proses penghadaman dan berkesan untuk ulser. Mengikut kajian yang dijalankan dinegara barat, minyak zaitun dapat mencegah dari mendapat kanser payu dara, menghalang pembentukan kanser kolon dan boleh membantu pesakit gastrik.

Ada yang mengatakan ambil minyak zaitun boleh menaikkan berat badan. Mungkin juga ya. Tapi bagi saya tidaklah pula. Dikatakan, sering gosok minyak zaitun pada kulit boleh melembut dan menghaluskan kulit. Bolehlah dicuba…. untuk awet muda! Mana tahu mungkin boleh hilangkan ‘ wrinkles ‘ . ;)

About these ads

One thought on “Khasiat minyak zaitun.

  1. Puan, sy minta suami sy baca ttg minyak zaittn (sbb perut dia buncit) tapi dia suka, ada cara lebih bagus tak. Dia teringin tapi tak lalu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s