Khasiat Avocado

Bagi saya buah avocado tidaklah seenak buah tempatan dan harganya agak mahal. Digalakkan makan hari-hari kerana dikatakan buah ini mempunyai banyak khasiatnya. Hmm.. kalau sekali sekala okay lah juga kan? Makan hari-hari parah budget dibuatnya, tak kan la nak makan sorang2.

image
(Avocado juga digunakan sebagai bahan asas bagi beberapa produk kosmetik dan kecantikan, terutama sebagai face mask yang dikatakan berkesan membuat kulit menjadi lembut dan segar)

Buah avocado rasanya lemak dan ‘creamy’ kaya dengan vitamin C,E,K dan mengandungi potassium juga asid folik. Kerana berkhasiat dikatakan dapat mengelak radang sendi dan mencegah serangan jantung dan juga kanser.

Buah ini juga mengandungi kadar lutein yang tinggi (terdapat lutein di jual dalam bentul kapsul), sangat bermanfaat untuk kesihatan mata (dapat mencegah dan mengawal katarak).

image

Disamping itu kandungan folate dalam avocado yang tinggi juga dikatakan dapat menghalang dari serangan strok.

Menurut kajian yang dibuat di Ohio State University, sering makan avocado dengan buah tomato memberi impak yang baik pada kesihatan kerana penyerapan lycopene dari tomato lebih berkesan dengan 4 kali ganda. Campurkan tomato, lobak dan avocado dan kisar, menjadi smoothie yang mengandungi nutrien yang seimbang dan bagus diberikan pada kanak2  sebagai satu hidangan yang  berzat.

About these ads

3 thoughts on “Khasiat Avocado

  1. Puan, ada petua tak nak beli buah avocado? saya beli selalu ada mcm urat2 hitam di dalam buahnya, saya beli di giant

    1. Saya pun macam puan juga, ada ketika bila beli tengok kulit elok cantik tapi isi ada hitam2. kalau saya dapat petua nanti, insyaAllah saya beritahu puan!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s