DILL.

Dill adalah tumbuhan yang unik kerana daun dan benihnya sering digunakan sebagai bahan perisa. Daun dill memberikan rasa lembut dan manis pada makanan. Manakala benihnya pula mempunyai rasa sedikit pahit, manis dan aromatik. Ia mengandungi mineral kalsium, mangan, besi dan flavonoid yang terkenal dengan antioksidan, anti radang dan antivirus.

Dill dapat meningkatkan amaun air kencing dan dengan itu membantu menyingkirkan unsur-unsur toksik dalam badan. Ia juga boleh merangsang selera makan, membantu mengawal metabolisme, penghadaman, melegakan cirit birit, senak, loya, kekejangan otot, dan gangguan haid. Ia juga sedatif untuk usus bengkak terutama pada kanak-kanak.

image
Disyorkan minum teh dill bagi mereka yang mengalami insomnia. Kunyah benih dill sangat berkesan bagi menghilangkan nafas berbau. Teh dill juga boleh digunakan untuk mencuci dan merawat buasir, kutu dan menyuburkan kuku yang lemah.

Cara mengambil:
Rebus 2 tsp benih dill dengan 1 litre air selama 10~15 minit. Tapis dan minum 1/2 cawan sedikit-sedikit, 1~2 kali sehari atau ambil 2 genggam daun dill dan rendam dengan 1 litre air semalaman dan minum 1 cawan, 1~2 kali sehari.

Kesan sampingan:
1) Mengambil dill semasa mengandung mungkin boleh menyebabkan keguguran.
2) Dikatakan sering minum teh dill boleh melemahkan penglihatan mata.

Rujukan:
1) HERBS – The healing nature.
2) The Desktop Guide to herbal medicine.

Tags: , , ,

4 responses to “DILL.”

  1. Afiqah says :

    Dill ni banyak kat Mesir. Mula-mula tak tahu nama, kami panggil ‘dauk pkok ru’ aja. hehe. Kami juga menggunakannya dalam laksa penang, pengganti kepada daun kesum. Not bad.

    • Kasih says :

      Sangat menarik Afiqah masukkan dalam laksa penang, tak pernah terfikir saya… mmm..nanti nk cuba, insyaAllah. Thanks Afiqah. :)

  2. Ms. Ju says :

    hi . di mana i boleh dapatkan daun dill ini di malaysia.. actually i dari area Klang… pls reply me

    • Kasih says :

      Hi Ms Ju, Selalunya saya beli dill segar di pasar tani dan di supermarket besar2 biasanya ada juga. Dill kering boleh juga didapati di supermarket. :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: