Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘C-reactive protein’

C-Reactive Protein (CRP) adalah sejenis protein yang terdapat di dalam darah, yang dihasilkan oleh organ hati dan sering digunakan sebagai penanda aras terhadap sebarang jenis keradangan (inflammation) yang berlaku. Ia juga menyumbang kepada masalah pada saluran darah denganĀ  menggalakkan pembentukan plak pada dinding arteri.

Paras CRP akan menjadi tinggi jika berlaku inflamasi akibat jangkitan kuman atau kecederaan pada badan. Sekiranya paras CRP tinggi untuk tempoh yang lama, maka ia adalah petanda bahawa satu proses inflamasi kronik telah terjadi. Arterosklerosis adalah penyakit yang menyebabkan keradangan yang kronik, apabila lemak berkumpul di dinding arteri menjadi keras, menyebabkan berlakunya penyempitan dan penyumbatan serius terhadap salur darah koronari jantung dan menyukarkan pengaliran darah. Ini meningkatkan paras CRP yang memberi risiko yang sangat tinggi kepada penyakit kardiovaskular.

Ramai yang percaya bahawa peningkatan LDL menentukan risiko penyakit jantung, namun pada masa yang sama kini dikatakan seseorang itu boleh juga mendapat serangan jantung atau strok walaupun mempunyai kadar kolesterol yang normal, tetapi memiliki paras CRP yang tinggi di dalam darahnya.

Dikatakan punca yang menyebabkan paras C-reactive protein (CRP) tinggi adalah kesan radang daripada penyakit kronik, penuaan, merokok, insomnia dan kemurungan. Jangkitan bakteria pada gusi boleh juga menyebabkan bakteria memasuki aliran darah dan di katakan ini mencetus hati untuk menghasilkan CRP.

Dikatakan mereka yang mempunyai paras CRP yang lebih tinggi juga didapati menghidap kencing manis, darah tinggi, paras HDL rendah dan mempunyai paras triglyceride ( sejenis lemak dalam darah) yang tinggi serta berat badan yang berlebihan. Kumpulan pesakit ini berisiko tinggi mendapat penyakit jantung sekiranya tidak mendapat rawatan atau dikawal secara optimum.

Perubahan positif terhadap kadar CRP boleh berlaku dengan pengurangan pengambilan diet tinggi lemak, protein dan karbohidrat serta dengan meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, minyak ikan, koko, Vitamin C, bijirin dan diet yang tinggi dengan kandungan serat.

image

image
Kalau ada kelapangan masa, bacalah buku2 diatas. Banyak maklumat yang sangat berfaedah untuk kita….

Read Full Post »