Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Chia seeds’

Tadi timbang berat badan. Tak le banyak turun, cuma 3 kg je. Rasa-rasa macam nak beritahu satu dunia hehe. Kalau cakap pada anak-anak, mereka akan kata “mama, you look the same la..” dan kalau bagitahu pada suami pulak, “really, lets celebrate” . Tu la sebabnya payah nak turun berat badan selama ini. Better keep this small secret to myself!

Bukan senang nak turun berat badan diusia sebegini, melainkan di bulan ramadan, tu pun tak boleh nak kekal lama.

Shall we talk about pinenuts? I love pinenuts so much. Bila dah mula makan tak boleh nak berhenti, sehinggalah habis. Rasanya lemak dan sedap. Kacang ini boleh membuatkan saya hilang rasa lapar dengan segera. Bukan itu saja, pinenuts yang berwarna krim ini boleh juga meningkatkan tenaga saya. Jadi, elok jugak lah saya masukkan pinenuts dalam senarai menu untuk kuruskan badan.

Masa muda dulu, makan banyak jugak tapi susah sangat nak naik berat badan. Kurus je, sampai pergi jumpa doktor minta ubat kot-kot boleh gemuk sikit. Doktor pun ketawa, “Apasal nak gemuk ni, orang lain sibuk nak kurus, awak ni lain pulak” haha Sekarang ni tak terfikir pula nak jumpa doktor untuk kuruskan badan. Dah tahu apa doktor akan kata… “awak kurang makan je lah kalau nak kurus.”

Minum teh hijau dan makan chia seeds, dikatakan boleh juga menurunkan berat badan. Tapi dari pengalaman, saya dapati berat badan saya tak turun. Bagi saya chia seeds tidak seperti kacang pine. Ia tidak mampu menahan lapar saya. Dengan kacang pine pula saya dapati perut lambat terasa lapar. Betul le seperti yang saya baca mengenai kacang pine, banyak kelebihan dan salah satunya ialah membendung selera makan.

Kacang pine mengandungi asid lemak mono tak tepu, boleh membantu merangsang aktiviti otak, mengurangkan kolesterol dalam badan dan menyumbang kepada kesihatan jantung. Ia kaya dengan vitamin A, E, K, tembaga,  besi, magnesium dan mangan. Semua ini membantu pada sistem kardiovaskular. Kacang pine juga membantu hati menghapuskan trigliserida yang berbahaya dari badan kita dan ia juga manfaat untuk melegakan ketegangan dan kekejangan otot.

Kacang pine juga mengandungi lutein, antioksidan yang penting untuk pencegahan penyakit mata seperti degenerasi makula dan katarak.

image

Kalau boleh tak nak turunkan lagi berat badan. Tak nak le kurus sebab bila dah pegang title mak cik ni, rasanya, elok berisi sikit, baik untuk kulit.

Pinenuts ini boleh didapati di Jusco dan Cold storage. Pernah juga beli di Pavilion. Boleh makan begitu saja atau masukkan ke dalam masakan seperti herbal soup.

Read Full Post »

Awet muda?

Ketika di Mekah akhir tahun lepas, dengar ceramah seorang ustaz. Katanya, ada berbagai2 jenis kurma dijual di Mekah dan Madinah. Ada satu jenis kurma iaitu kurma untuk awet muda (saya lupa bahasa arab panggil apa).Geli hati saya dibuatnya. Biar betul ustaz! Saya ingat ustaz ni bergurau, rupanya ramai ustaz2  lain pun kata gitu.

Apa lagi saya pun beli le.. Untuk awet muda!!! Haha

image

(Ada 2 jenis besar dan kecil)

image

(Ini chia seeds, saya rendam 2 sudu makan semalaman. Chia kembang hampir penuh botol)

image

Saya kisar 2 jenis kurma (15 biji) hingga halus. Banyak? Ye le untuk 2 orang. Tak adilkan kalau saya sorang yang nampak awet muda hehe dan masukkan chia dan kisar sekejap je.

Saya dan suami suka minuman ini. Sedap! Nampak awet muda? Entah la, yang pasti hati dan perasaan sentiasa rasa muda. :)

Read Full Post »

image

Chia seeds yang direndam semalaman, lebih kembang (saya setuju dengan penjual Chia, perlulah direndam dengan lebih lama). Oleh sebab tiada rasa saya campur dengan Rin enzyme pula kali ini.

image

Rin enzyme mengandungi ekstrak berbagai sayuran, buah-buahan, rumpai laut dan herba.
Khasiat Rin Enzyme ialah mengurangkan asidik pada darah. Rasa yang manis kerana ia dicampur juga dengan ekstrak buah plum.

Saya belum sarapan dan baru saja lepas dari beriadah. Hari ini tidak naik bukit cuma jalan-jalan dikaki bukit. Teman-teman kata saya kurus! betul ke ni? nanti nak tanya anak lelaki saya.
Kenapa tidak sarapan?  Sebab, kawan nak jamu makan durian tengah hari nanti. Tu sebabnya, bukanlah nak diet! :)

Percayakah durian boleh menceriakan hari anda? Tidak? Ya, bagi saya, hehe..

Read Full Post »

Older Posts »