Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Gout’

Portobello Yummy

Hi all,
Let’s try this simple recipe.

PORTOBELLO YUMMY
image

Bahan-bahan:
1) 5 cendawan portobello, dikukus dan biarkan sejuk baru dihiris
2) 1 labu bawang besar (saiz kecil) dihiris nipis
3) 1 biji tomato dihiris nipis
4) Sedikit cili padi dihiris halus
5) 2 tbsp minyak zaitun
6) Jus lemon.
7) Serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Gaul semua bahan sehingga rata. Biarkan sekejap sebelum dihidang. Saya suka lebihkan jus lemon dalam hidangan ini supaya rasa lebih masam sedikit.

Oh ya, cendawan juga mengandungi bahan yang dipanggil purin. Purin boleh menimbulkan masalah kesihatan pada individu yang ada gout. :(

So if you have gout, perhaps it’s best to avoid mushrooms!

Read Full Post »

POKOK MISAI KUCING.
image

image
Pokok Misai Kucing ini saya tanam 2 bulan lepas. Saya beli anak pokok ini dengan harga hanya RM5. Pokok Misai Kucing, bunganya biasa warna ungu dan putih. Mm….pokok saya masih belum berbunga, tak tahulah akan keluar bunga warna apa nanti. Lupalah pulak nak tanya pada penjual. Anyway, pokok Misai Kucing yang ditanam ini hidup dengan segar bugar di tepi kolam ikan. :)

Pokok Misai Kucing boleh ditanam dengan keratan ranting. Penjual pokok herba beritahu saya, nak tanam pokok ni tak boleh kena sinaran terus cahaya matahari, nanti pokok cepat mati. Ia perlu ditanam di kawasan yang sedikit teduh. Sebelum pokok mula berbunga, ia perlu dicantas selalu supaya menghasilkan banyak cabang.

Herba Misai Kucing popular dikalangan orang Melayu dan Cina kerana manfaatnya dikatakan dapat merawat berbagai jenis penyakit.

Teh herba Misai Kucing adalah daun segar atau daun kering Misai Kucing yang direndam ke dalam air mendidih atau direbus. Ia diminum bagi merawat penyakit buah pinggang, pundi kencing dan sistem peredaran darah.
Minum air rebusan seluruh tumbuhan Misai Kucing dikatakan dapat mengeluarkan batu karang pada pundi kencing dan buah pinggang. Ia bersifat diuretik, dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan. Penawar untuk alergi, diabetes, radang, rheumatisme (sakit sendi), gout dan tekanan darah tinggi.

Panduan:
Dos membuat teh (direndam dengan air panas atau direbus) dari herba segar seperti kulit kayu, daun, akar dll, adalah: 1 1/2~2 kali ganda dari herba kering. (Sumber: Herbal Remedies, Andrew Chevallier)

Saya dapati teh uncang Misai Kucing yang dijual mengandungi 30g daun kering. Direndam di dalam air panas selama 5 minit. Satu uncang boleh direndam sehingga 900ml air (3~4 cawan teh).

Sumber:
Misai Kucing, kaya dengan khasiat

Tanaman Hiasan:
Khasiat Makanan & Ubatan, oleh Ong Hean Chooi

Read Full Post »

Buah cherries/ceri kaya dengan vitamin dan mineral dan ia mempunyai beberapa ciri penyembuhan. Ia mengandungi pigment tumbuhan iaitu anthocyanin yang merupakan antioksidan yang kuat dalam pencegahan anemia, penyakit jantung dan kanser. Orang yang sering minum jus ceri dapat tidur dengan lebih baik dan lama kerana jus ini meningkatkan tahap hormon melatonin dalam badan; hormon yang mengawal tidur.

image

Ceri boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan dalam arthritis, gout dan migraine.

Ref:


Health benefits of cherries

Read Full Post »

Older Posts »