Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Jeruk belimbing’

Semasa meronda di pasar tani, hehehe…
Tiba-tiba ternampak kacang panjang kerinting dan ini adalah pertama kali saya lihat kacang panjang sedemikian rupa. Saiz lebih besar dari kancang panjang biasa dan kulitnya menggerutu. Rasanya lebih kurang sama dengan kacang panjang biasa. Sedap makan mentah cicah dengan sambal.

Bila tengok saja pada kacang panjang ini, terlintas dihati kalau buat masak lemak dengan jeruk belimbing mesti sedap.
Apalagi sampai je ke rumah terus saja masak…. ;)

KACANG PANJANG KERINTING
image

Kelebihan kacang panjang:
Dimakan sebagai ubat herba tonik, menghilangkan rasa dahaga, ubat cirit birit dan penawar kepada orang yang terlalu kerap membuang air kecil.

Rujukan: Sayuran, khasiat makanan dan ubatan.
Ong hean chooi

image

MASAK LEMAK IKAN SENANGIN DENGAN KACANG PANJANG KERINTING DAN JERUK BELIMBING.
image
Saya cuma tumbuk cili padi dengan serbuk kunyit dan masukkan kedalam rebusan ikan dan serai. Akhir sekali baru masukkan kacang panjang kerinting, jeruk belimbing dan santan. Garam secukup rasa.

image

Jeruk belimbing saya buat ikut resipi Jeruk kai choy. Bagi saya memang sedap bila masukkan jeruk belimbing dalam masakan asam rebus, asam pedas, masak lemak dan makan dengan sambal garam. Menyelerakan!

Ok, selamat menjamu selera :)

jeruk kai choy

Read Full Post »

Alahai jeruk lagi. :)

Sejak kebelakangan ini saya suka sangat buat dan makan jeruk. Baru ini saya beli buah belimbing dan sayur maman. Buah belimbing biasanya tak tahan lama walaupun disimpan dalam peti sejuk. Sayang tengokkan buah ini, segar dan cantik jadi saya segera buatkan jeruk.

JERUK BUAH BELIMBING
image

Pada hari yang sama saya juga buat jeruk sayur maman. Dah lama sungguh saya tak makan jeruk maman. Tiba-tiba rasa teringinlah pula bila ternampak daun maman ini… :)

Selain dibuat jeruk, daun maman juga dimakan sebagai sayur atau dimasak sup. Rasanya pahit tetapi bila dibuat jeruk rasa pahit daun maman akan berkurangan.
Biji maman pula bila ditumbuk lumat dan dimakan sedikit dapat mengeluarkan angin dalam perut dan usus. Jangan makan berlebihan kerana dikatakan ia boleh memberi kesan sebaliknya.

Daun maman bila direbus dan diminum airnya dapat membantu penghadaman, merangsang pengeluaran kahak dan ubat bagi penyakit hati dan hempedu.

SAYUR MAMAN.
image

JERUK MAMAN

image

Jangan lupa sekali sekala kocakkan balang ini untuk memastikan kandungannya sebati.

Bahan-bahan:

1) 5 ikat sayur maman. Hiris batang yang lembut saja dan pilih daun segar. Basuh hingga bersih.
2) 2 tbsp garam.
3) 1 mangkuk air.
~
4) 1 1/2 tsp garam.
5) 1 mangkuk air.
6) 1 senduk nasi sejuk.

Cara membuatnya:
1) 2 tbsp garam dimasukkan ke dalam satu mangkuk air masak sejuk. Kacau hingga garam larut.
2) Tuang air garam ke dalam mangkuk berisi sayur maman dan biarkan selama 3 jam. Sekali sekala kacau supaya sayur maman sebati dengan air garam.
3) Selepas 3 jam, tuangkan air rendaman sayur maman. Perah daun maman.
4) 1 1/2 tsp garam dimasukkan ke dalam semangkuk air dan kacau hingga garam larut. Kemudian tuang air garam dan nasi sejuk ke dalam mangkuk berisi sayur maman. Gaul sehingga rata. Selepas tu bolehlah masukkan ke dalam balang. Bila jeruk maman dah jadi (biasanya 4~5 hari) baru masukkan ke dalam peti sejuk.

image

Jeruk maman sedap juga dibuat masak lemak :)

Rujukan: Sayuran
Khasiat makanan & ubatan.
ONG HEAN CHOOI

Read Full Post »