Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Khasiat dill’

Dill adalah tumbuhan yang unik kerana daun dan benihnya sering digunakan sebagai bahan perisa. Daun dill memberikan rasa lembut dan manis pada makanan. Manakala benihnya pula mempunyai rasa sedikit pahit, manis dan aromatik. Ia mengandungi mineral kalsium, mangan, besi dan flavonoid yang terkenal dengan antioksidan, anti radang dan antivirus.

Dill dapat meningkatkan amaun air kencing dan dengan itu membantu menyingkirkan unsur-unsur toksik dalam badan. Ia juga boleh merangsang selera makan, membantu mengawal metabolisme, penghadaman, melegakan cirit birit, senak, loya, kekejangan otot, dan gangguan haid. Ia juga sedatif untuk usus bengkak terutama pada kanak-kanak.

image
Disyorkan minum teh dill bagi mereka yang mengalami insomnia. Kunyah benih dill sangat berkesan bagi menghilangkan nafas berbau. Teh dill juga boleh digunakan untuk mencuci dan merawat buasir, kutu dan menyuburkan kuku yang lemah.

Cara mengambil:
Rebus 2 tsp benih dill dengan 1 litre air selama 10~15 minit. Tapis dan minum 1/2 cawan sedikit-sedikit, 1~2 kali sehari atau ambil 2 genggam daun dill dan rendam dengan 1 litre air semalaman dan minum 1 cawan, 1~2 kali sehari.

Kesan sampingan:
1) Mengambil dill semasa mengandung mungkin boleh menyebabkan keguguran.
2) Dikatakan sering minum teh dill boleh melemahkan penglihatan mata.

Rujukan:
1) HERBS – The healing nature.
2) The Desktop Guide to herbal medicine.

Read Full Post »