Halau Lalat

Macam-macam cara saya dengar dan baca petua orang “halau” lalat dan diantaranya ialah cucuk cengkih pada buah limau nipis atau lemon, masukkan cengkih ke dalam mangkuk air atau air perahan limau kasturi disapu pada tempat yang dihinggapi lalat.

Pagi ini bila saya baca surat khabar Berita Harian ternampak pula satu lagi petua untuk halau lalat. Menarik juga info ini dikongsi bersama..

Jom baca 🙂
image

Selamat mencuba.

Khasiat Lemon

Lemon sering digunakan untuk tujuan masakan dan perubatan. Lemon yang kaya dengan vitamin C selalu dimasukkan ke dalam air dan diambil sebagai minuman yang sihat di waktu pagi.

Baik untuk perut terutama apabila berhadapan dengan masalah pencernaan. Ia juga boleh melegakan pedih ulu hati, kembung perut dan sendawa, sakit tekak, mengawal tekanan darah tinggi, pening dan loya.

image

Lemon boleh mengimbangi PH badan, meningkatkan sistem imun, menyahkan toksik, membersih darah dan usus, anti bakteria, mencegah kencing manis dan sembelit, melarut dan mencegah batu karang.
Jika seseorang mengambil jus lemon dicampur dengan air suam dan madu, ia juga boleh mengurangkan berat badan 🙂

Buah yang kecil ini boleh memberi kelegaan yang luar biasa kerana kandungan nutrien yang tinggi dapat membantu meningkatkan kesihatan badan.

Cubalah, mungkin khasiat lemon ini boleh merawat dan menyelesaikan masalah kesihatan…

Lemon benefits

Masakan Ayam Lemon.

Inilah resepi ibu saya yang paling mudah dan simple. Saya sekeluarga sangat suka dengan masakan ini.

Bahannya cuma ayam, lemon atau limau nipis, cili padi dan garam secukupnya. Itu saja!

Rebus ayam ( paras air cukup untuk menutupi ayam ) sehingga mendidih. Kecilkan api dan reneh selama 30 minit. Kemudian padamkan api, baru masuk jus lemon, garam dan cili.

image

Saya masukkan jus 3/4 biji lemon  (terpulang, kalau suka lebih masam bolehlah tambah lagi jus lemon). Masukkan cili padi yang dipotong kasar.

Bila anak minta saya masakkan ayam lemon, hooray! jimat tenaga saya didapur….. terutama di bulan ramadhan. Makan di waktu sahur sangat menyelerakan bagi kami sekeluarga.