Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Mengurangkan berat badan’

Khasiat Lemon

Lemon sering digunakan untuk tujuan masakan dan perubatan. Lemon yang kaya dengan vitamin C selalu dimasukkan ke dalam air dan diambil sebagai minuman yang sihat di waktu pagi.

Baik untuk perut terutama apabila berhadapan dengan masalah pencernaan. Ia juga boleh melegakan pedih ulu hati, kembung perut dan sendawa, sakit tekak, mengawal tekanan darah tinggi, pening dan loya.

image

Lemon boleh mengimbangi PH badan, meningkatkan sistem imun, menyahkan toksik, membersih darah dan usus, anti bakteria, mencegah kencing manis dan sembelit, melarut dan mencegah batu karang.
Jika seseorang mengambil jus lemon dicampur dengan air suam dan madu, ia juga boleh mengurangkan berat badan :)

Buah yang kecil ini boleh memberi kelegaan yang luar biasa kerana kandungan nutrien yang tinggi dapat membantu meningkatkan kesihatan badan.

Cubalah, mungkin khasiat lemon ini boleh merawat dan menyelesaikan masalah kesihatan…

Lemon benefits

Read Full Post »