Penapis Air (Water filter)

Ini adalah gambar dalam penapis air di luar rumah. Kali akhir cuci kira2 lima bulan lalu. Kata cina yang cuci penapis ini, warna macam air milo. Bagi saya macam dark chocolate haha..

image
Bagaimana ya, kalau di rumah saya tak ada penapis air.

image
Tak boleh nak bayangkan jika semua ni dalam perut…
image
Bagaimana agaknya kesan terhadap kesihatan badan?

image
Dah selesai dicuci, nampak pun bersih dan lega rasa di hati…. 😉

Review: Lip Balm

Antara perkara yang tidak menarik ialah bibir yang kering atau chapped lips. Ini kemungkinan besar disebabkan pendingin hawa (aircond), kurang minum air, atau mungkin juga kerana terdedah pada cuaca yang terlalu panas sampai dehydrated. Bibir yang kering menyebabkan kita kelihatan kurang segar. Pakai lipstik pun tak cantik, tak nampak smooth. Berbagai2 product saya dah cuba dan bagi saya lip moisturizer Neutrogena sangat berkesan. My favourite! Saya biasanya pakai sebelum tidur dan bila bangun pagi. Untuk pengetahuan semua, lip balm Neutrogena ini adalah lip balm saya yang ke lima. Punya lah setia! 😉 Sebab memang bagus pun! Ia membuatkan bibir saya lembap tapi tidak berminyak.

image

Lagi satu produk bibir yang saya suka ialah Lip Glow Color Revival balm by Dior. Ia tidak berwarna tetapi apabila disapukan di bibir akan memberikan sedikit warna mengikut rona bibir. Nampak natural! Ia juga melembapkan dan membuatkan bibir kelihatan mungil. Biasanya saya akan pakai yang ini dulu baru pakai lipstick.

image

Saja nak share 🙂 Apakah produk kegemaran anda?