Label makanan

Kita boleh tahu hampir segala-galanya tentang makanan yang dibungkus dengan melihat pada label bahan-bahan….

image

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali bila saya hendak membeli makanan yang diproses/bungkus, walaupun terdapat tanda halal, saya pasti melihat pada label bahan-bahan. Seboleh mungkin saya akan jauhi bahan kimia yang pelik yang ditambah dalam makanan, bahan pengawet, vitamin sintetik,’high fructose corn syrup’ (hampir mustahil untuk mengelakkannya kerana terlalu banyak produk makanan mengandunginya), trans-fat, pewarna tiruan, MSG dan sodium nitrate. Bahan-bahan ini boleh memberi kesan negatif pada tubuh badan.

Mungkin mustahil untuk mengelakkan bahan-bahan ini sepanjang masa, tetapi kita harus sekurang-kurangnya menghadkan pengambilannya. Kita perlu melakukan yang terbaik untuk menjaga diri kita….

Herba untuk mengawal paras gula darah

Pernahkah anda dengar orang berkata, walaupun kurang makan makanan manis tapi gula darah masih juga tinggi? Mengapa boleh jadi begitu?

Tidak dinafikan semua orang tahu makanan yang manis boleh meningkatkan paras gula darah, tapi apakah selain dari itu ? Karbohidrat? Ramai yang percaya bahawa makanan mengandungi tinggi karbohidrat adalah tidak sihat untuk badan dan harus dielakkan terutama bagi mereka yang cuba mengawal paras gula darah supaya ia tidak meningkat dengan mendadak…Hmm… ada juga kebenaran di situ tetapi sebenarnya terdapat pelbagai jenis karbohidrat dan setiap jenis mempunyai kesan yang berbeza pada badan kita. Tepung halus dan beras putih adalah contoh sebahagian daripada karbohidrat ringan (simple carbohydrate) yang mudah dicernakan serta bertukar menjadi glucose pada kadar yang cepat. Manakala karbohidrat kompleks (complex carbohydrate) seperti beras perang, oat dan sayur-sayuran yang mempunyai kandungan serat yang tinggi adalah makanan yang sangat baik untuk mengawal paras gula. Walaupun begitu bukan hanya apa yang di makan boleh menjejaskan kestabilan gula dalam darah, berapa banyak dan waktu bila, boleh juga menyebabkan kenaikan paras gula darah dalam badan seseorang…

Bolehkah herba mengawal paras gula?
Terdapat banyak jenis herba yang boleh merendahkan paras gula dan meningkatkan sensitiviti insulin.

Ada 3 jenis herba yang mudah kita perolehi dan ia sangat berkesan bagi mengawal paras gula dalam darah, iaitu halba, kulit kayu manis dan juga kunyit

image
Herba-herba ini mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan dan menurun paras gula dalam darah adalah satu daripadanya.
Saya dapati perbagai cara di ambil. Ada yang cuma rendam dengan air panas atau masak diatas api yang Kecil selama 5~15 minit.

Halba 1~2 tsp + 1 cawan air

Kulit kayu manis 2~3 batang (yang kecil) + 1 cawan air

kalau nak ambil kunyit, rasanya lebih baik ambil dalam bentuk kapsul, supaya gigi tak jadi kuning. ๐Ÿ˜‰

Saya suka mengambil dalam bentuk kapsul, senang nak telan ๐Ÿ™‚

Adalah baik jika dapat memeriksa gula darah dengan lebih kerap ketika mengambil herba bagi memastikan keberkesanannya dalam mengawal paras gula dalam darah.

Masalah berlebihan gula dalam darah

Sejak usia meningkat, saya dapati citarasa saya pada makanan banyak berubah. Kalau dulu semasa muda suka makan coklat, aiskrim dan kek berkrim. Sekarang jarang sekali. Bukannya apa, bagi saya makanan yang mengandungi susu, berbau lembu hahaha… Entah la kenapa jadi begitu, dah bertahun macam ni. ๐Ÿ™‚ Hmm…tapi adalah kebaikannya jugak, saya jadi kurang makan makanan manis. Alhamdulillah.

Mengapa ya sekarang ni terlalu ramai menghidap penyakit kencing manis. Kalau dulu orang dewasa je, sekarang ini budak2 pun ramai dah dapat kencing manis. Sedih sangat bila kita tengok budak2 ni. Masa depan masih panjang, dah terpaksa melalui banyak kesukaran menghadapi masalah yang memudharatkan kesihatan badan mereka.Pada pengamatan saya, budak2 sekarang kerap sangat minum minuman tin dan kotak dan juga makan makanan yang manis dimana terdapat kandungan gula yang sangat tinggi. Berlebihan gula dalam darah boleh menyebabkan kencing manis dan jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit ini menjadi kronik

Masalah penyakit kencing manis tidak boleh dipandang ringan.Teringat pada teman saya yang menghadapi masalah kencing manis tahap kronik. Katanya ” I perlu timbang setiap makanan sebelum makan, kena pastikan kuantiti yang diambil tidak menyebabkan berlebihan gula”

Apakah kesan penyakit kencing manis kronik pada kesihatan badan? Diantaranya adalah
1ยค Bila gula berkumpul dalam darah ke tahap yang sangat tinggi,saluran darah menjadi tebal dan kurang elastik, menyebabkan darah sukar mengalir
2ยค Boleh menyebabkan kerosakan kepada saluran darah dalam retina mata
3ยค Boleh merosakkan saluran saraf yang akan mengakibatkan kebas dan kesemutan pada kaki atau tangan

Justeru, kita semua mesti berusaha mengelakkan diri dari mendapat kencing manis dengan mengawal pengambilan makanan yang berlebihan gula. Kandungan gula dalam darah boleh dipantau dengan menggunakan alat seperti dibawah.

image

Kebaikan pemantauan sendiri adalah ia membuat kita lebih berhati dan membantu kita merancang pemakanan harian. Ia juga mendisiplinkan kita dari melakukan perkara2 yang negatif kepada kesihatan.

InsyaAllah blog ini akan menyentuh mengenai herba yang boleh mengawal paras gula dalam darah di post yang akan datang.