Gobo, Tonik darah?

image
Gobo (Burdock) baik untuk penghadaman dan nyah toksik. Melegakan bengkak sendi dan mengurangkan keradangan seperti gout, arthritis dan rheumatism.

Menurut Bartram’ s encyclopedia of herbal medicine:
Gobo merupakan tonik untuk darah yang sangat berkesan.

Sup kesukaan saya, mudah dan simple.

image
Bahan- bahan: 5 batang gobo (kering), 6 ubi kentang, 1 labu bawang besar dan 3 ketul ayam.

image
Ubi kentang dipotong kiub

image
Selepas saya rebus gobo + 3 mug air selama 30 minit diatas api yang kecil, saya masukkan ayam, ubi kentang dan bawang yang dihiris kecil. Biarkan atas api kecil selama 30 minit lagi. Dah masak, isi ayam dicarik dan masukkan kedalam sup. Akhir sekali masuk garam dan lada hitam secukup rasa.

image

Gobo juga menambah rasa sedap sup. Terdapat yang ‘fresh’ dijual di supermarket. Saya suka beli yang kering sebab boleh simpan lama.
Kalau ada gobo dirumah, cuba le resipi ini 😉

Bunga Kekwa/Chrysanthemum menyejukkan badan?

Masa zaman remaja, suka sangat teh bunga kekwa ni. Setiap kali balik sekolah selepas aktiviti sukan cepat-cepat pergi beli air kekwa untuk hilangkan dahaga.

image
Teh bunga kekwa popular dalam perubatan tradisional cina. Saya masukkan 1 tbsp bunga kekwa dalam secawan air panas. Tutup cawan. Biarkan selama 3 minit. Saya baca, biasanya bunga ni direndam selama 5 minit, tapi bagi saya rasanya terlalu kuat. Tapis. Bunga kekwa boleh diulang tapi rasanya dah kurang sikit. Saya suka minum teh kekwa panas tanpa dimaniskan. Boleh maniskan dengan madu kalau suka..

image
Saya suka bau bunga ni, wangi! 😀 ( beli yang berkualiti rasa pun bagus). Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Bila badan rasa panas atau rasa macam nak demam, teh ni sangat sesuai diminum sebab ia boleh menyejukkan dalaman badan kita. Di syorkan minum teh kekwa apabila terlalu banyak makan makanan goreng. Dalam perubatan tradisional cina, teh ini juga diminum bagi melegakan gusi yang sakit dan berdenyut, merawat sakit kepala dan menenangkan saraf.Teh bunga kekwa tinggi kadar beta karotena baik untuk kulit dan meningkatkan sistem imun.

Teh kekwa yang dijual dalam kotak atau tin, bagi pandangan saya sangat manis…
Saya selalu pesan pada anak-anak, jauhi minuman dalam kotak atau tin kerana kandungan gula sangat tinggi. (Belilah yang tulis no added sugar). Sekarang ni ramai orang-orang muda menghidap penyakit kencing manis.Teringat pada kata-kata seorang teman yang menghidap kencing manis, “Penyakit ini susah kita dibuatnya!!”

Delima

Ketika sedang asyik makan buah delima, tiba-tiba teringat pula pada mak saya. Actually she wanted to name me NILAM, haha…I always wonder why nilam and not delima? To me delima sounds better. Don’t you think so? Hmm… tak terlintas pulak dihatinya nak namakan saya zamrud. 😀
Mak saya kata, bila panggil nilam…manja bunyinya!

image
Sabtu lepas beli 3 biji buah delima ni, mahal juga. Sebiji RM 4.20, kecil pula tu tapi isinya bagus. Jadi berbaloilah. Mahal buah ini hampir setanding dengan avocado.

Bila ada kelapangan masa nanti, nak pergi beli anak pokok ini, nak tanam dekat rumah. Saya baca tentang BUAH DELIMA, ia memang sangat menarik. Buah ini sangat berkhasiat.
Masa saya muda dulu, macam-macam saya dengar perihal buah delima… Yang menghairankan saya ketika itu, orang selalu bicara tentang kehebatan kulit buah delima…. Minum air rebusan kulit delima untuk kesihatan jantung, melegakan cirit birit, merawat buasir, melangsingkan badan, jadikan scrub supaya kulit kelihatan cantik dan bersih. Hmm…betul ke semua tu? Sehingga kini yang saya tahu, kulit delima adalah penawar cirit birit. Bagus juga bila kita makan buah delima, kulit jangan dibuang. Potong kecil sebesar syiling 20 sen dan jemur kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Bila perlu ambil 4 atau 5 keping dan rendam dalam secawan air panas. Minum 1/2 cawan. kalau masih tak berkesan minum baki selepas beberapa jam. Tak ingat dah petua ni baca dimana!

Benarkah buah delima menawarkan pelbagai manfaat? Adakah ia sehebat buah manggis?

Menurut ibn al-Gayyim; Buah delima menguatkan perut, baik untuk tekak, dada, paru-paru dan batuk.
Dalam American journal of cardiology, minum jus delima setiap hari boleh meningkat fungsi jantung, tekanan darah menjadi normal, menghalang pertumbuhan sel kanser dan meningkat sistem imun.

Bila usia semakin meningkat, sistem imun pun tidaklah sehebat semasa muda, membuat saya terfikir nak tanam pokok delima. -untuk bekalan hari tua hehe, serius ni!