Pokok Sepit Udang atau dipanggil juga Heliconia sering ditanam di perkarangan rumah sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya cantik dan warna pun menarik, mungkin sebab itu agaknya ramai yang gemar menanam pokok ini.
Ia senang tumbuh tanpa perlu penjagaan yang rapi. Namun ia juga cepat membiak jadi merimbun dan nampak semak jika tidak dijaga dengan baik. Salah satu sebab jugalah mengapa saya tidak suka tanam heliconia ini. Kata kawan saya, ular suka berteduh dirimbunan pokok heliconia sebab ia lembab dan sejuk. Mungkin ada kebenarannya atau cuma satu kebetulan saja bila saya pernah terjumpa beberapa ekor anak ular…
Pokok heliconia perlu banyak air, cahaya matahari dan tanah yang kaya dengan humus untuk membesar dengan baik. Tumbuhan ini mempunyai antara 100-200 spesis. Kebanyakan daun pokok heliconia kelihatan seperti daun pisang. Terdapat berbagai bentuk bunga heliconia dan kebanyakannya cantik dan unik.
Sebelum membaca post ini, saya tidak tahu yang heliconia juga dikenali dengan nama pokok sepit udang. Menarik sekali – mungkin kerana bentuknya?
Saya pun rasa begitu, mungkin juga nama pokok sepit udang diberi kerana bentuknya. 🙂