Terdapat pelbagai jenis herba temu.

Ada:
Temu pauh
Temu lawak
Temu putih
Temu hitam
Temu emas
Temu kunci

Rizom temu pauh berwarna kekuningan dan mempunyai rasa serta bau seakan buah pauh atau mangga. Ia juga dikenali sebagai temu mangga, temu bayangan dan temu lalab.

Bagi saya temu pauh sedap rasanya. Ramai mengatakan temu pauh nampak macam kunyit tapi saya tengok ada juga semacam halia. Enak dimakan sebagai ulam, ditumbuk campur kedalam sambal dan digoreng dengan sayur.

Khasiat temu pauh adalah:
Anti kanser, merawat ketegangan urat saraf, mengurangkan kolesterol dan darah tinggi serta membantu mengurangkan masalah saluran pencernaan dan saluran darah tersumbat.

Temu pauh juga dimakan bagi mengurangkan stres.

TEMU PAUH

 

1448536983976

 

TEMU PAUH SAYUR CAMPUR

1448537110287

 

 

Bahan-bahan:
1) 4 cili hijau jeruk dihiris
2) 4 helai sayur napa jeruk dihiris
3) 6 tangkai kacang botor segar dihiris
4) 3 pokok daun bawang dihiris
5) 5~6″ temu lawak. Dimayang kasar. Bagi saya lagi banyak lagi sedap
6) 3~4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
7) Kicap pekat dan lada hitam

Cara:
1) Tumis bawang putih sehingga kekuningan
2) Masukkan temu puah dan goreng sekejap
3) Kemudian masukkan bahan 1~3
4) Akhir sekali daun bawang, kicap dan lada hitam.

Keistimewaan temu pauh, boleh menambah rasa sedap pada masakan.

Temu pauh juga dimakan untuk awet muda.

Mmm…nanti saya nak kena tanamlah herba ini! hehe…

Rujukan:

Siti Fauziah Yusof: Ulaman di Sekeliling Anda

11 thoughts on “Khasiat Temu Pauh

  1. Salam kak,
    Bau temu pauh ni mcm kunyit ke? Cuma dia putih mcm halia? Saya panggil kunyit putih..klu tak salah la. Rupa dia sebiji mcm dalam gambar tu. Dulu masa saya senggugut teruk sampai pitam2, saya berubat dgn orang kampung. Dia suruh saya parutkan kunyit putih and temu lawak, campurtkan dgn air sket & madu. Minum malam nak tidur slps dpd habis period sampai period lagi sekali baru stop. Period tu keluar darah2 hitam yang bau amatlah kurang menyenangkan dan banyak. Alhamdulillah, slps tu terus baik senggugut saya. Tak tau pulak blh buat ulam…. πŸ™‚

  2. Waalaikumussalam. Bau dan rasa temu pauh ni sedikit mcm buah pauh atau buah mangga.Warna kuning cair tak seperti kunyit sedikit mcm halia.Rasanya tak pedas macam halia dan bagi kak sedap buat ulam atau d masak. πŸ™‚

  3. temu ni mmg sedap.Begitu sedap. Pertama kali saya jumpa dan makan waktu ke Ipoh ziarah anak bersalin setahun lalu. Saya berniat sekian lama mencari benih untuk ditanam biak untuk makan sendiri..Insyaallah baru2 ni, ada kawan/jemaah surau ditaman menanam rupanya. Berjanji untuk bagi sedikit untuk dibuat benih.

    1. Memang sedap temu pauh terutama bila di masukkan ke dalam sambal. Saya pernah tanam, beli temu pauh di pasar tani. Ia senang hidup macam juga tanam halia… tapi kena rajin jaga.. πŸ˜€

  4. Saya suka cuba tanaman herba dan semalam gali temu pauh yang di tanam di tanah lembab dan di biarkan saja selama satu tahun. Baru gali separuh dah dapat 2 kilo rhisom. Saya perhatikan ia lebih mudah di biakkan berbanding kunyit atau halia. Tak sangka kunyit putih ini sedap di sambal.

    1. Saya tanam tk dapat hasil sebanyak En. M. Sabri.. mungkin sebab saya tanam dalam pasu kot. Memang sedap temu pauh disambalkan. πŸ˜€

  5. Temu pauh, trnyata memang enak d ulam pakai nasi, apa lg di buat acar temu pauh+nanas+mentimun,,,enak…aroma Temu pauh itu seperti buah kuini yg blm matang. Konon katanya kasiannya banyak,,, seperti tmn2 bilang itu lho… Katanya juga bisa mengobati sakit mah…

Leave a comment