Salam dari Kasih.
Pada awal pagi hari ke-2 di Takayama, kami ke pasar (morning market) Miyagawa. Saja jalan-jalan ke situ nak tengok pasar orang Jepun. Rupanya ada pelbagai jenis barangan di sana. Kebanyakan barang yang dijual  adalah kraf tempatan, ikan, makanan ringan, jeruk dan produk dari kebun seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bunga dll.

Pasar Miyakawa ini tidaklah besar dan ia terletak di tepi sungai Miyagawa. Terdapat gerai-gerai kecil mengadap deretan rumah-rumah kedai.

Dari K’s Villa, kami berjalan kaki ke pasar lebih kurang 15 minit sahaja. Cuaca pagi itu sejuk. Ketika kami tiba, pengujung belum ramai lagi. Awal sangat agaknya.

 

Bila sahabat-sahabat saya selesai membeli belah, kami pulang ke K’s Villa untuk meletak barang-barang yang dibeli… Saya tak beli apa-apa pun. Pergi lenggang dan balik pun lenggang juga hehe..  

Seterusnya, kami berjalan ke ‘old town’ Sanmachi yang terletak tidak jauh dari pasar Miyakawa. 
Pekan lama Sanmachi yang indah ini telah dipelihara dari zaman Edo hingga kini. Banyak bangunan-bangunan kayu berwarna hitam terletak di lorong-lorong jalan. Kelihatan begitu cantik dan unik senibinanya. Di sini juga terdapat restoran, kafe, kilang bir dan kedai kraf. Rasa seolah-olah berada di zaman edo pula!

Kami tidak lama di sini, sekadar menjamu mata, melihat barang-barang yang dijual disamping merakam gambar.

Selepas ronda-ronda di ‘old town’ Sanmachi, kami ke Hida Furukawa, sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan keretapi…

One thought on “Bercuti Di Nagoya, Jepun Part 5

  1. Saya suka cara jalan-jalan begini, santai dan tak terkejar-kejar. Puas hati dapat melihat persekitaran dan merakam gambar.

Leave a comment