Ikan Bawal Putih Masak Lemak Cekur

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Seperti biasa semalam saya masak simple je untuk iftar iaitu Ikan Bawal Putih Masak Lemak Cekur.
Ulam cekur ni kadang-kadang dipanggil juga kencur.
Selain dimasukkan dalam masakan, cekur juga selalu digunakan sebagai ramuan dalam nasi kerabu. Saya suka juga makan ubi cekur sebagai ulam, cicah dengan sambal.
Daun dan ubinya mempunyai aroma yang mempengaruhi rasa pada masakan
So bagi anda yang tidak pernah makan cekur ni, mungkin tidak akan suka atau mungkin juga suka sebab rasanya yang unik.

Ulam cekur ni banyak khasiatnya iaitu:
Daun dibuat ubat pupuk atau losen disapu untuk merawat bengkak, reumatisme, sakit dalam perut, demam panas, sakit mata dan sakit kerongkong. Abu daun diletakkan pada bengkak payudara.
Manakala jus ubi cekur pula digunakan sebagai tonik dan juga ubat untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus, mengeluarkan kahak dan lain-lain..

IKAN BAWAL PUTIH MASAK LEMAK CEKUR
image

1 ekor ikan bawal putih saiz sederhana dipotong dua
8 biji cili padi merah ditumbuk hancur
Sedikit serbuk kunyit
3 biji ubi cekur diketuk
3 helai daun muda cekur dihiris nipis
2 batang serai diketuk
1 cawan air
1/2 cawan santan kotak jenama kara
Garam secukup rasa

Cara:

1) Masukkan air, serai, cili padi, serbuk kunyit, ubi cekur ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih
2) Masukkan ikan. Bila sudah mendidih masukkan santan, garam dan daun cekur. Reneh sehingga masak

Rujukan:
Ong Hean Chooi: Rempah-ratus, khasiat makanan & ubatan

Teh Daun Lotus

Pernahkah anda minum teh bunga lotus (teratai)?
Saya tak pernah! Jadi bila saya ternampak paket-paket bunga lotus (lotus flower tea) dijual di supermarket di Korea, apalagi… saya pun capai lah sepaket. Sebenarnya dah lama juga saya cari dan nak rasa teh bunga lotus…
Tapi bila buka paket tu baru sedar kandungannya ialah daun lotus dan bukannya bunga. Dekat label paket ditulis bunga tapi dalamnya daun, alahai.. Tapi tak apa lah, daun lotus pun banyak khasiatnya juga.

Anyway, jom baca khasiat daun lotus pada tubuh badan..

image

image

Teh daun lotus dikatakan dapat memberi manfaat dan merawat limpa, hati dan perut. Minum teh daun lotus dapat mengurangkan kegelisahan, jantung berdebar-debar dan insomnia.
Menurut Institut Perubatan Tradisional, air rebusan daun lotus turut berkesan menurunkan tekanan darah tinggi.

Dos teh daun lotus yang disarankan adalah 6 hingga 15g sehari.

Sebu?

Assalamualaikum

Adakah anda merasai perut berangin, kembung dan sebu?
Sekali sekala kita mungkin mengalaminya terutama selepas makan.

Kejadian sebegini berlaku bila kita makan terburu-buru, minum air berlebihan ketika makan atau mengambil buah-buahan selepas makan. Selain itu kombinasi makanan yang tidak sesuai juga boleh menimbulkan tindak balas yang tidak baik kepada perut – perut akan berasa kembung kerana makanan tidak dicerna dengan sempurna.

Mengikut pengalaman saya, jeruk nenas dapat memberi kelegaan ketika perut kembung dan berasa sebu – air jeruk ataupun buahnya, kedua-duanya memberi manfaat. Jeruk nenas kaya dengan enzim bromelain yang boleh membantu proses penghadaman. Enzim bromelain sangat berkesan membantu mengurangkan gas perut yang berlebihan, selain dapat mengurangkan sakit sendi, arthritis, keradangan dan menghalang pertumbuhan tumor.

image

1) 2 biji nenas dibuang kulit dan dipotong seperti di dalam gambar
2) 5 1/2 cawan air
3) 1 cawan cuka epal
4) 2/3 cawan gula pasir organik
5) 3 sudu besar garam himalaya

Cara:

1) Masukkan nenas yang telah dipotong ke dalam balang
2) Satukan bahan 2~5. Kacau sehingga garam dan gula larut dan tuang ke dalam balang nenas
3) Tutup balang nenas dan simpan dalam peti sejuk
Jeruk nenas boleh dimakan selepas seminggu dan ianya boleh tahan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa bulan.

Dos: 3~4 sudu besar air jeruk nenas (boleh diambil tanpa dicampur dengan air bersama nenas)

Rasanya enak dan berkhasiat!