Paku Bukit

Sekarang saya tengah dok fikir, macam mana nak masak sayur pucuk paku bukit ini. Saya tak pernah makan dan juga tak pernah masak sayur ini. Sayur paku bukit nampak sama je dengan paku pakis yang biasa tu, cuma ia lebih besar. Kata pak cik yang jual sayur ini, rasa dan cara masak paku bukit ini tidak sama dengan paku pakis dan rasanya pun lebih sedap kalau kena gaya cara masaknya. Paku bukit tidak boleh dimakan dengan dicelur atau dimasak seperti biasa sebab sayur ini akan mengeluarkan banyak lendir. Ia sedap dimasak rendang, kena masak bagi lama di atas api sehingga kering.

Mmm…sehingga kini belum lagi mendapat ilham macam mana nak masak dengan sayur ini.

Anyway, kalau masakan saya sedap, insyaAllah saya akan poskan dalam blog ini nanti. Kalau tak ada tu bermakna tak sedap laa… 😀

SAYUR PAKU BUKIT
image

image

Jeruk Kai Choy

Mak dan adik saya dalam perjalanan ke rumah saya hari ini dari Alor Setar. InsyaAllah petang ini mereka tiba 🙂

Mak saya pernah pesan, kalau jumpa sayur kai choy nanti, buatkan jeruk untuknya sebab dia suka sangat makan jeruk ini. Lama jugalah saya mencari-cari sayur kai choy, merata supermarket saya ronda, hehe..
Alhamdulillah minggu lepas saya jumpa di supermarket, Bangsar Village. Masa tu saya nampak cuma ada 3 saja sayur ini..apalagi saya pun belilah semuanya. 🙂

image

image

image

Mak saya suka kalau jeruk ini dimasukkan dalam masakan asam pedas. Tapi saya teringinlah pula nak makan masak lemak ikan masin jeruk kai choy, hehe…
.
.
.
.
.
Mesti utamakan keinginanan mak saya dulu… 😉

https://kasihilmar.com/2013/03/28/jeruk-kai-choy-jeruk-kobis-bunga/

Artichoke

Artichoke adalah sayur yang rendah kalori dan lemak, tetapi kaya dengan serat. Pemakanan yang kaya serat boleh membantu merawat sembelit dan membantu mengelakkan risiko kanser kolon.

SEMUA DAUN KERAS DIBUANG DAN REBUS HINGGA ISI MENJADI LEMBUT
image
Ekstrak daun artichoke sangat bermanfaat kepada pelbagai penyakit. Ia diminum bagi mengatasi pada masalah hati dan hempedu, membantu pencernaan lemak, penyakit kuning dan loya. Ia juga merangsang metabolisme, detoksifikasi dan membendung cecair dalam badan.
Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine:
Teh artichoke: 1-2 tsp daun atau akar artichoke direndam di dalam secawan air yang mendidih selama 15 minit.

SEMUA DAUN KERAS DIBUANG SELEPAS DIREBUS. DIHUJUNG DAUN KERAS TERDAPAT SEDIKIT ISI YANG LEMBUT YANG BOLEH DIMAKAN.
image
ISI LEMBUT DAN SABUT
image

BAHAGIAN BERSABUT TIDAK DIAMBIL. HANYA ISI DIGUNAKAN UNTUK SALAD
image
SALAD ARTICHOKE
image
Seperti biasa, saya cuma masukkan perahan jus lemon, minyak zaitun, sedikit madu dan garam secukup rasa ke dalam salad ini.

Artichoke boleh dimakan mentah dan bagi saya ia lebih sedap daripada direbus atau dikukus. Rasa yang telah direbus sikit macam ubi keladi tapi ubi keladi lagilah sedap! 🙂

Rujukan:
Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine