Hari ke-3 kami ke Takayama.

Selepas solat subuh kami bersiap untuk ke Takayama. Van datang menjemput kami pada jam 7 pagi untuk di bawa ke station bas Nagoya. Perjalanan ke Takayama mengambil masa selama 3 jam dan kami tiba di sana lebih kurang pukul 11 pagi. Kami menginap di K’s Villa Hida-an selama 3 malam. Bagi pandangan saya, K’s Villa ini amat sesuai menginap bagi sebuah keluarga atau kumpulan 8-10 orang yang bercuti di sini. Terdapat pelbagai kemudahan tersedia seperti washing machine & dryer, perkakas lengkap dapur dan oven, WiFi percuma dll. Ia terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari station Takayama JR. Boleh google K’s Villa Takayama untuk mengetahui lebih lanjut.

Takayama adalah sebuah bandar yg terletak di daerah pergunungan Gifu. Di sini terdapat Sanmachi Suji, “old town” iaitu rumah-rumah kayu peniaga ‘zaman Edo.’ Bandar ini terkenal kerana adanya Festival Takayama yang dibuat dua kali setahun.

Memandangkan waktu check in adalah pada pukul 4 petang, maka kami pun letak bag di situ dan terus ke Station Bas Takayama JR untuk ke Shirakawa-Go. Perjalanan ke Shirakawa-Go mengambil masa selama 2 jam. Cuaca hari itu sejuk. Tak sangka masih ada salji walhal dah masuk musim bunga. Kelihatan salji meliputi sebahagian kawasan Shirakawa-go.
Shirakawa-Go didaftarkan sebagai warisan budaya dunia pada tahun 1995. Terdapat 114 buah rumah dengan atap jerami masih kekal yang menjadi daya tarikan para pelancong.

Pemandangan di sini sangat cantik, bersih dan unik sekali. Highly recommended to visit!
Kami banyak berjalan pada hari itu dan terasa penat. Walaupun begitu kami sangat gembira kerana dapat juga sampai ke Shirakawa-Go. Alhamdulillah…

4 thoughts on “Bercuti Di Nagoya, Jepun Part 4

  1. Hi Kasih Ilmar.terima kasih you hantar photo 2 dari Japan .sekebetulan saya sedang buat renovation rumah dapor.sebahagian rekasenibina rumah jepun jadi rujukan saya.saya suka design yg ada seni yg berlainan dari typikal seni bina lokal.KALAU ADA LAGI pls send more.isyaalah .mudah 2an ada rezeki saya bolih lawati ke Nagoya.one day.-have a happi holidey in jepan.it reminds me of a hindustan film i saw mani years agu called.Love in Tokyo .and the lagu ahmed rafi.karyae japaan lovie in tokyiuo.
    Along Man

    1. Salam En. Osman. Gambar2 yg saya ambil kebanyakannya reka bentuk yg simple dan lebih kurang sama. Walaupun begitu, bagi pandangan mata saya, ia kelihatan menarik. Nanti saya akan kongsi gambar2 yg di rakam di Sanmachi “old town”. Di Nagoya ni, kebanyakan tempat yg kami lawati adalah melihat tmpt2 lama.. memang menarik.. semoga En. Osman akan dpt dtg ke sini satu hari nanti..

  2. Assalamualaikum,
    Terlepas rindu dapat baca coretan Zanita. Syukur Alhamdulillah dapat melihat alam ciptaan Allah. Gambar pun cantik2 belaka. Suka tengok gambar ikan koi yang nampak jelas walaupun dalam air.

    1. Waalaikumussalam.
      Terima kasih Amie kerana masih sudi singgah di sini. Ya Amie, cantik sungguh ciptaan Allah. Terpegun di buatnya…
      Ikan koi di kolam tu banyak… besar2 pula tu 😀

Leave a comment