Petola Ular
Peria Ular
Labu Ular

Sayur yang sama… 🙂
Bagi saya sayur ini sedap dimasak dengan rempah kari. Tapi ada juga setengah orang suka petola ular direbus begitu saja dan dicicah makan dengan sambal belacan.

Jom baca tentang kelebihan sayur petola ular ini..

Petola ular juga dikenali sebagai snake gourd adalah diantara sayuran yang sangat popular di Negara India. Ia ditanam secara biji dan merupakan sayuran yang berkhasiat.

Petola ular adalah antibiotik semulajadi, ekspektoran dan julap. Ia juga boleh memecah kahak, mengeluarkan nanah, membuang toksik, anti radang, menyejukkan badan dan membantu mengeluarkan cecair badan serta tonik untuk jantung.
Petola ular kaya dengan serat dan ia boleh membantu penghadaman dan melegakan sembelit.

image

Buah yang muda boleh direbus, digoreng atau dimasak kari. Manakala buah yang tua tidak boleh dimakan kerana rasanya pahit dan bersabut keras. Pucuk dan daun muda dimakan sebagai sayur. Air rebusan akarnya diminum untuk rawatan demam kuning, merangsang buang air kecil dan penghasilan susu ibu serta merawat najis berdarah.

image

KARI PETOLA ULAR
image

Bahan:
1) 2 batang petola ular dihiris dan buang biji
2) 1 tbsp rempah campur
3) 2 1/2 tbsp rempah kari ikan digaul sebati dengan 1/3 cawan air
4) Sedikit ikan bilis
5) Air asam jawa & garam

Caranya:
1) Panaskan minyak dan tumis rempah campur hingga kekuningan
2) Masukkan rempah kari dan goreng hingga naik minyak
3) Masukkan ikan bilis dan 1/2 cawan air
4) Kemudian baru masukkan petola, air asam jawa dan garam secukup rasa. Bila hampir kering baru tutup api.

Selamat menjamu selera.

Natural health cure, snake gourd

Ong Hean Chooi : Sayuran khasiat makanan dan ubatan

Leave a comment