Review: BB cream

Terdapat banyak sebab mengapa wanita memilih untuk memakai makeup. Salah satu sebab utama adalah untuk meningkatkan kecantikan dan juga supaya penampilan nampak lebih menarik.

Rasanya ramai dah tahu tentang kelebihan BB Cream atau Blemish Balm Cream ini. Ia adalah antara produk kecantikan yang sangat popular di Asia. Kebanyakan menggunakannya sebagai alternatif kepada foundation. Ramai gemar memakai BB cream kerana teksturnya yang ringan kalau dibandingkan dengan foundation yang bila di pakai rasa macam tebal dan membuat makeup kadang2 nampak macam over sikit 🙂 Bagi saya BB cream mampu menutup ketidaksempurnaan kecil yang terdapat pada kulit, menghilangkan kemerahan dan membuatkan kulit nampak lebih cantik. Apa yang membezakan BB cream dengan tinted moisturizer ialah BB cream adalah produk tiga dalam satu, iaitu gabungan SPF, primer dan bahan-bahan anti penuaan manakala tinted moisturizer memberi kelembapan dan coverage yang minimal pada kulit.

image

Walaupun terdapat banyak jenis dipasaran dan pernah juga cuba satu jenama yang lain, bagi saya Dior Prestige BB cream adalah kegemaran saya kini. Secara peribadi, ia menghasilkan solekan kelihatan natural dan tidak tebal, menambah kelembapan, boleh mengurangkan bintik hitam, memberi perlindungan SPF dan membuat kulit kelihatan licin dan meningkatkan seri kulit. Saya dapati ia juga membuat kulit nampak lebih cerah dan tidak berminyak. Bagi saya Dior BB Cream membuat solekan saya kelihatan segar dan tahan lama. Hmm…walaupun harganya agak mahal tapi bagi saya, BB cream ni sangat best dan rasanya ia akan kekal lama dengan saya daripada bahan makeup yang lain, InsyaAllah. 😉

Review: Lip Balm

Antara perkara yang tidak menarik ialah bibir yang kering atau chapped lips. Ini kemungkinan besar disebabkan pendingin hawa (aircond), kurang minum air, atau mungkin juga kerana terdedah pada cuaca yang terlalu panas sampai dehydrated. Bibir yang kering menyebabkan kita kelihatan kurang segar. Pakai lipstik pun tak cantik, tak nampak smooth. Berbagai2 product saya dah cuba dan bagi saya lip moisturizer Neutrogena sangat berkesan. My favourite! Saya biasanya pakai sebelum tidur dan bila bangun pagi. Untuk pengetahuan semua, lip balm Neutrogena ini adalah lip balm saya yang ke lima. Punya lah setia! 😉 Sebab memang bagus pun! Ia membuatkan bibir saya lembap tapi tidak berminyak.

image

Lagi satu produk bibir yang saya suka ialah Lip Glow Color Revival balm by Dior. Ia tidak berwarna tetapi apabila disapukan di bibir akan memberikan sedikit warna mengikut rona bibir. Nampak natural! Ia juga melembapkan dan membuatkan bibir kelihatan mungil. Biasanya saya akan pakai yang ini dulu baru pakai lipstick.

image

Saja nak share 🙂 Apakah produk kegemaran anda?