Semasa perjalanan pulang dari Bukit Fraser, kami ternampak sebuah villa mewah yang terbiar usang di tepi jalan. Kami berhenti singgah masuk melihat rumah ini dan kawasan persekitaran. Rasanya macam dah lama benar terbiar. Entahlah milik siapa tapi yang nyata hanya inilah satu-satu rumah yang ada disitu. Tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan mereka pada ketika itu. Terdapat sebuah titi gantung berdekatan villa ini. Di belakang rumah dikelilingi pokok-pokok dan keadaan ternyata amat sunyi!
Kami tidak berada lama di situ…. terasa seram juga.
Mungkinkah ini sebuah rumah tumpangan?