Pagi tadi saya ke pasar tani, dah lama tidak beli ulam pegaga. Tadi belilah dua ikat, sangat murah pula tu. Harganya cuma 2 ringgit sahaja tetapi khasiat pegaga sangatlah hebat!

image

image

Saya cuci segengam daun dengan akar pegaga dan hiris kecil dan masuk kedalam pengisar, dan kisar sehingga halus. Kemudian tapis dan masukkan royal jelly 1 sudu teh kedalam 1 gelas kecil air pegaga. Baru rasa sedap untuk diminum.

Wanita di Indonesia dan di Thailand sangat gemar air pegaga. Saya rasa begitu juga dengan wanita di Malaysia.
image
(Buku ini juga sebahagian daripada rujukan saya)

Daun dan akar pegaga dapat merawat tekanan darah tinggi, penawar ulser, melawas buang air kecil juga membantu merawat buah pinggang. Ulam pegaga telah di iktirafkan oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dikalangan kanak2 serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkat kesihatan kulit. Ramai katakan khasiat pegaga baik untuk awet muda. Memang itu tidak dapat dinafikan lagi. 🙂

7 thoughts on “Khasiat Pegaga.

  1. Kwn baik sy britahu, hanya pegaga brdaun kecil d brgeligeh d tepi daun sesuai utk awet muda. Betul ke puan?

  2. Saya ada hypertension. Saya dah amalkan minum jus pegaga + celery lama gak la. Saya minum pagi masa perut kosong (right before pi ofc).

    My staff yg notice, tanya saya mkn collagen jenis apa sekarang? dia mmg tau saya amik collagen supplement. Baru saya teringat…sejak saya minum jus pegaga ni, saya dah tak mkn collagen lagi. So, I guess pegaga ni la yg buatkan muka jadi glowing berseri2 kot. Dapat 2 in 1 la jadinya…nak stablekan tekanan darah, dpt benefit jugak… 🙂

    1. Saya amat berminat comen puan azura tu.. saya dah berumur 57 tahn br ada masaalah hipertension.. sy nak tahu bykmana ye pegaga yg pn azura blend dan minum dlm sehari.. sy takut terlebih atau terkurang plk takut kesan sampingannye

  3. ooppss…lupa lak. nak tambah lagi, saya byk baca pegaga ni brain tonic. anak saya disahkan dyslexia. so, tiap2 pagi dalam breakfast dia saya akan sentiasa masukkan sehelai daun pegaga. tak perlu dah vitamin yang mahal2. kadang2 dia mengecek jus pegaga saya tp dia prefer jus pegaga yg diletakkan susu manis sedikit. dah try dgn fresh milk + honey tp rasanya tak sesedap dgn susu manis. Alhamdulillah nampak ada kesan.

    1. Terima kasih share pengalaman Azura mengambil pegaga, memang herba ini sangat baik untuk kesihatan badan…awet muda, bagus ni!
      Alhamdulillah anak Azura mendapat kesan yang baik daripada pengambilan pegaga..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s