Cuti sekolah dah tak lama lagi. Masa ni lah yang paling sesuai merancang bercuti makan angin dengan anak-anak. Seronok kan bila dapat bawa anak-anak ke satu destinasi yang boleh berhibur dan meluangkan masa dengan mereka.

Setiap kali bila nak berjalan jauh, saya pasti membuat persiapan. Macam-macam nak bawa, terutama bila bawa anak-anak. Kini bila holiday selalu berdua je dengan suami sebab anak-anak dah kerja, jadi persiapan tak la banyak sangat. Dari dulu hingga kini, satu item yang sering saya bawa ialah activated carbon. Saya juga pastikan anak-anak tidak lupa membawanya, jika mereka pergi bercuti atau keluar bertugas outstation. Bila kita tahu faedah activated carbon ini, kita tidak akan mahu berjalan jauh tanpanya! πŸ˜€

image

Activated carbon juga dikenali sebagai arang diaktifkan atau karbon diaktifkan yang dibuat dari sumber kayu atau tempurung kelapa yang dibakar dan dikisar menjadi serbuk yang sangat halus. Selain dari tablet boleh juga didapati dalam bentuk kapsul.

Saya sering membawa activated carbon, sebagai penawar keracunan makanan. Tahu je lah, bila pergi holiday, sering makan diluar. Dalam berhati-hati memilih makanan kadang tu terkena juga makanan yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit. Bila perut dah mula rasa tak selesa, saya akan segera telan activated carbon. InsyaAllah sangat berkesan, kalau sakit pun tak lah teruk sangat. Saya baca tentang activated carbon ni, rupanya banyak manfaat. Tapi selama ni saya ambil cuma sebagai penawar sakit perut. Kalau berlaku sakit perut ketika di rumah saya lebih suka mengambil Aloe vera juice tapi bila travelling, activated carbon jadi pilihan sebab ia senang di bawa kemana saja.

Hmm… bagi ibu-bapa yang merancang nak pergi holiday dengan anak-anak, janganlah lupa bawa activated carbon ni. Kalau terkena keracunan makanan, cuba lah. It really helps! Tak bestkan bila pergi jalan-jalan nak seronok, tapi terpaksa terperuk dalam bilik hotel kerana sakit perut dan cirit birit… πŸ™‚

Β 

4 thoughts on “Activated carbon teman bercuti

Leave a comment