Pagi tadi saya, suami dan anak lelaki ke Bukit Fraser. Lama sungguh saya tidak ke sana dan saya rasa begitu excited. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Walaupun sekarang ini musim cuti sekolah, jalan menuju ke sana tidaklah sibuk. Namun perjalanan mencabar juga disebabkan jalannya agak berliku-liku. Bagi mereka yang tidak tahan boleh rasa mabuk pening. Alhamdulillah kami ok.
Bila hampir nak sampai ke puncak hujan mulai turun rintik-rintik dan kabus mula tebal. Jadi hajat saya mengambil banyak gambar tidak tercapai. Walaupun keadaan cuaca sebegitu, suasana terasa nyaman dan tenang. Ramai juga pengunjung…. Kata suami, “insyaAllah nanti kita datang lagi.”
Kami diberitahu masa terbaik hendak ke sana adalah dibulan Mac hingga September.
Actually di sana ada tempat yang menarik untuk dilihat. InsyaAllah bila ke sana lagi diwaktu cuaca elok, saya akan rakam gambar banyak-banyak! 🙂
Semasa perjalanan pulang kami singgah sebentar untuk merakam gambar di kawasan tadahan air empangan sungai selangor.
Cantik sungguh tempat ini!