Khasiat Lemon

Lemon sering digunakan untuk tujuan masakan dan perubatan. Lemon yang kaya dengan vitamin C selalu dimasukkan ke dalam air dan diambil sebagai minuman yang sihat di waktu pagi.

Baik untuk perut terutama apabila berhadapan dengan masalah pencernaan. Ia juga boleh melegakan pedih ulu hati, kembung perut dan sendawa, sakit tekak, mengawal tekanan darah tinggi, pening dan loya.

image

Lemon boleh mengimbangi PH badan, meningkatkan sistem imun, menyahkan toksik, membersih darah dan usus, anti bakteria, mencegah kencing manis dan sembelit, melarut dan mencegah batu karang.
Jika seseorang mengambil jus lemon dicampur dengan air suam dan madu, ia juga boleh mengurangkan berat badan 🙂

Buah yang kecil ini boleh memberi kelegaan yang luar biasa kerana kandungan nutrien yang tinggi dapat membantu meningkatkan kesihatan badan.

Cubalah, mungkin khasiat lemon ini boleh merawat dan menyelesaikan masalah kesihatan…

Lemon benefits

‘3 bananas a day… that keeps the doctor away’

Do you love bananas? Well you’re not alone! 😀

Penyelidik British dan Itali telah mendapati bahawa makan 3 biji pisang sehari dapat mengurangkan risiko strok kerana pisang mengandungi mineral kalium yang mencukupi untuk mengurangkan kemungkinan mengalami darah beku dalam otak.

Pisang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Pisang juga boleh digunakan untuk merawat ulser perut, menghalang keasidan perut, menjadikan tulang kuat dan sihat, asma, katarak dan menurun tekanan darah tinggi serta mencegah sembelit, melegakan senggugut, mengurangkan risiko batu karang dan mencegah kanser kolon.

Satu kajian di India menunjukkan bahawa makan 2 biji pisang seminggu boleh menggurangkan tekanan darah sebanyak 10%. Penyelidik di kolej perubatan Kasturba, Manipal membandingkan pisang dengan ubat hipentasi yang dipanggil ACE-inhibitor. Didapati pisang dapat merendahkan tekanan darah sama seperti ubat tanpa memberi kesan sampingan seperti pening dan sakit kepala. Penyelidikan juga telah menunjukkan bahawa orang yang kerap makan pisang mempunyai risiko yang lebih rendah daripada mendapat penyakit jantung dan strok, membantu mengubati kemurungan, meningkatkan mood dan meningkatkan sistem saraf.

image
Bagus jugakan kalau kita sering masukkan pisang, sebahagian daripada diet harian kita. 🙂

Sumber:

Discover the health benefits of bananas

The world’s foods: Bananas

14 Banana health benefits

BBC NEWS: Banana

Khasiat buah kiwi

Buah kiwi ini kalau dapat yang manis memang sangat sedap dan bila makan sebiji tidak akan rasa puas, macam nak makan banyak, hehe parahlah budget… bagi pandangan saya buah ni agak mahal. Ramai yang suka buah kiwi dimasukkan ke dalam salad atau diletakkan sebagai perhiasan diatas kek, memang cantik.

Buah kiwi bukanlah menjadi pilihan apabila saya nak beli buah-buahan. Walaubagaimana pun setelah saya baca mengenai khasiat buah ini, kini saya rasa kiwi perlu dimasukkan dalam senarai buah yang baik untuk dibeli selalu…

image
(Dah habis makan buah ni, baru teringat tak ambil gambar isinya, :D)

Kajian pemakanan yang diterbitkan dalam peer-reviewed journal nutrition today, mendapati disamping faedah antioksidan, buah kiwi juga boleh membantu pencernaan dan membantu mengekalkan kulit yang sihat.

Buah kiwi boleh memberi kelegaan kepada masalah ketidakhadaman makanan. Sihat sistem penghadaman sihatlah fizikal dan mental. ini kerana kesihatan atau penyakit banyaknya bermula dari usus.

Buah kiwi kaya dengan vitamin C, E dan niasin, kalium dan serat, menjadi ia sangat baik untuk selsema dan menurunkan tekanan darah tinggi. Sering mengambil buah kiwi boleh mengurangkan trigliserida dalam darah, mengelakkan pembekuan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan seterusnya melindungi kesihatan kardiovaskular.

Saya baru tahu buah ini, kulitnya boleh dimakan. Tapi kena basuh betul-betul, ye lah! Bahan kimia yang ada dikulit tu mesti di singkirkan, 😀 Kulit kiwi mengandungi banyak serat dan 3 kali ganda antioksidan pulpa. Nanti nak cuba, tapi bulu-bulu halus bagaimana? Jangan gatal tekak sudahlah… dikatakan, rasanya tidaklah sedap. hehe…

Lagi satu yang menarik tentang buah kiwi ini, ia boleh melembutkan daging. Hmm… dalam peti ais banyak daging korban, ada yang keras dan liat, nanti nak pergi beli buah kiwi dan nak eksperimenlah petua ni… kalau betul-betul berkesan, bolehlah amalkan, tak payahlah guna pressure cooker atau masak berjam-jam kerana nak lembutkan daging… 😉