Buah kiwi ini kalau dapat yang manis memang sangat sedap dan bila makan sebiji tidak akan rasa puas, macam nak makan banyak, hehe parahlah budget… bagi pandangan saya buah ni agak mahal. Ramai yang suka buah kiwi dimasukkan ke dalam salad atau diletakkan sebagai perhiasan diatas kek, memang cantik.

Buah kiwi bukanlah menjadi pilihan apabila saya nak beli buah-buahan. Walaubagaimana pun setelah saya baca mengenai khasiat buah ini, kini saya rasa kiwi perlu dimasukkan dalam senarai buah yang baik untuk dibeli selalu…

image
(Dah habis makan buah ni, baru teringat tak ambil gambar isinya, :D)

Kajian pemakanan yang diterbitkan dalam peer-reviewed journal nutrition today, mendapati disamping faedah antioksidan, buah kiwi juga boleh membantu pencernaan dan membantu mengekalkan kulit yang sihat.

Buah kiwi boleh memberi kelegaan kepada masalah ketidakhadaman makanan. Sihat sistem penghadaman sihatlah fizikal dan mental. ini kerana kesihatan atau penyakit banyaknya bermula dari usus.

Buah kiwi kaya dengan vitamin C, E dan niasin, kalium dan serat, menjadi ia sangat baik untuk selsema dan menurunkan tekanan darah tinggi. Sering mengambil buah kiwi boleh mengurangkan trigliserida dalam darah, mengelakkan pembekuan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan seterusnya melindungi kesihatan kardiovaskular.

Saya baru tahu buah ini, kulitnya boleh dimakan. Tapi kena basuh betul-betul, ye lah! Bahan kimia yang ada dikulit tu mesti di singkirkan, πŸ˜€ Kulit kiwi mengandungi banyak serat dan 3 kali ganda antioksidan pulpa. Nanti nak cuba, tapi bulu-bulu halus bagaimana? Jangan gatal tekak sudahlah… dikatakan, rasanya tidaklah sedap. hehe…

Lagi satu yang menarik tentang buah kiwi ini, ia boleh melembutkan daging. Hmm… dalam peti ais banyak daging korban, ada yang keras dan liat, nanti nak pergi beli buah kiwi dan nak eksperimenlah petua ni… kalau betul-betul berkesan, bolehlah amalkan, tak payahlah guna pressure cooker atau masak berjam-jam kerana nak lembutkan daging… πŸ˜‰

2 thoughts on “Khasiat buah kiwi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s