Boleh dikatakan hampir setiap tahun saya buat ketupat pulut daun kelapa sebab ia mudah dimasak berbanding dengan ketupat daun palas. Saya belajar buat ketupat ini dari ibu mertua, sebab memang sedap!

Bila setiap kali balik beraya ke rumah ibu dan sekiranya ada kesempatan masa, saya akan membantunya membuat ketupat pulut daun palas. Tidak dinafikan ketupat daun palas juga sedap, tapi setiap kali saya buat hasilnya tidak cantik, tak seperti hasil kerja tangan ibu saya. Bagi saya lah masak ketupat daun palas ini memang renyah dan banyak kerja.

Ketupat daun palas yang cantik, kulitnya mesti kelihatan berkilat dan tidak nampak kecut… tak macam yang saya selalu buat, ketupat nampak kecut-kecut je, hehe..

Bagi siapa yang kurang berminat buat ketupat pulut daun palas, macam saya, bolehlah cuba buat ketupat daun kelapa seperti di bawah ini, πŸ˜‰

By the way, for iftar last night, we also had ketupat pulut daun kelapa and rendang daging epal. β™₯ it!

KETUPAT PULUT DAUN KELAPA

 

1448528183491

1448528306356

RENDANG DAGING EPAL

1448528458903

Ketupat Pulut
Bahan-bahan:

1) 1/2 kilo beras pulut
2) 1/2 kotak besar santan kara/1 kilo santan pekat segar
3) 11 kelongsong ketupat
4) Garam

Caranya:
1) Basuh bersih beras pulut dan rendam dengan 1 sudu teh (tsp) garam selama 2 jam. Kemudian toskan.
2) Basuh bersih kelongsong ketupat dan sudukan beras pulut masuk hampir penuh sehingga keparas boleh picit disatu bucu kelongsong ketupat dengan ibu jari dan simpulkan ikatan pada ketupat.
3) Masukkan ketupat ke dalam periuk. Tuangkan air dan santan sehingga 2″ atas paras ketupat. Masukkan 1 3/4 sudu teh (tsp) garam dan masak sehingga santan menjadi minyak dan ketika itu perlu dibalik2kan ketupat selalu. Bila kulit ketupat kelihatan seperti telah digoreng bolehlah diangkat, jangan biarkan ketupat berendam di dalam minyak.
4) Bila ketupat dah suam, potong pendek ikatan simpul dan lap ketupat sehingga bersih. Dah boleh dihidang.
5) Ketupat ini boleh dimasukkan ke dalam freezer untuk disimpan lama.
6) Sebelum dihidang boleh dibakar di dalam oven atau pun dikukus.

Rendang daging epal.

Bahan-bahan:

1) 1/2 kilo daging dihiris kecil dan nipis
2) 2 batang serai
3) 1″ lengkuas
4) 1/2 sudu teh (tsp) serbuk jintan manis
5) 20 tangkai cili kering dibuang biji dan direndam dengan air panas.
6) 2 labu bawang besar
7) 2 biji epal merah dibuang kulit.
8) 1/2 cawan minyak (kalau rendang ini kelihatan kurang beminyak, boleh ditambah minyak sedikit lagi)

Caranya:
1) Kisar bahan 2 ~ 7 sehingga lumat.
2) Masukkan minyak, bahan dikisar dan daging. Kacau sehingga rata.
3) Masak sehingga kering dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Rendang daging ini terasa lain sedikit daripada rendang daging yang biasa saya buat kerana saya tidak masukkan santan dan saya masak bersama dua biji epal. Cubalah kalau nak rasa satu kelainan. Bagi saya rendang ini sedap, πŸ™‚

Ok selamat mencuba.

7 thoughts on “Ketupat Pulut Daun Kelapa

  1. You’re the best, Kasih…
    saya tak pernah buat benda-benda nie sebab mak tak harapkan sangat πŸ˜›
    kerja saya cuma basuh pinggan…

    SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN πŸ™‚

    1. Terima kasih Nurhayyu. Best juga dpt pujian dari Nurhayyu nie, hehe…
      Saya pun kena basuh pinggan juga. 😦
      Kepada Nurhayyu, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN
      Semoga bahagia selalu…

  2. Mungkin boleh guna plastik juga kan mcm yg buat nasi empit tu… esp. utk mereka yg tak ada daun palas atau daun kelapa….plastik tanpa BPA πŸ™‚ Terima kasih krn sharing resipi ni. Selamat Hari Raya.

    1. Mmm…guna plastik tanpa BPA, menarik juga tu…
      Sama2 dan Selamat Hari Raya kepada Fatimah dan semoga bahagia selalu…. πŸ™‚

Leave a comment