Kacang walnut

Ramai yang berkata, kalau makan banyak kacang boleh dapat gout, terutama makan kacang tanah. Hmm… pernah lah dengar begitu dari mereka yang menghidap gout. Baru ni saya baca, klik ~ I cured my gout, memberi informasi yang sangat menarik bagi mereka yang menghidap gout. Bila dah dapat gout, memang kena berhati-hati kalau nak mengambil sesuatu makanan, banyak betul pantang larang… tapi sebenarnya dalam apa jua, kesederhanaan adalah yang terbaik. Setiap yang overdose mesti ada kesan sampingan, ya tak?

image
Saya suka mengambil walnut mentah….

Saya suka beli pelbagai jenis kacang sebagai snek untuk keluarga. Banyak khasiat terkandung dalam kacang terutama dalam kacang mentah, contohnya kacang walnut. Diet yang kaya dengan kacang dan minyakย  walnut boleh membantu badan menangani tekanan dengan lebih baik. Menurut pasukan penyelidik dari Penn State, walnut boleh mempengaruhi tekanan darah pada masa rehat dan sewaktu stres. Kandungan omega 3 dalam walnut dikatakan sangat baik untuk kesihatan otak. Ia juga boleh menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkat kadar HDL.ย  Makanan ini juga boleh mengurangkan c-reactive protein dan petanda lain keradangan/inflammation. Walnut juga boleh memberi manfaat pada sistem jantung serta peredaran darah dan juga pada saluran darah untuk bertindak balas kepada pelbagai rangsangan dengan cara yang sihat.

Walnut juga sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan dan boleh juga membantu mencegah kanser, khususnya kanser prostat dan payu dara serta kencing manis. Memandangkan antioksidan yang pelbagai dan anti radang yang terdapat dalam walnut, ia juga boleh membantu pada kesihatan tulang.

Selain daripada khasiat tersebut ada kajian mendapati lelaki yang mengambil 75g walnut setiap hari sebagai makanan tambahan kepada diet mempunyai peningkatan dalam kualiti air mani berbanding dengan lelaki yang tidak makan kacang.

Bagi saya jelas sekali walnut sangat berkhasiat dan kini kami pun mula mengambilnya.

Untuk bacaan tambahan

Seven Great Benefits of Walnut oil

Walnuts ‘ Combat unhealthy fats’

Why walnuts could help men become dads

Sup herba ikan siakap

Semalam saya masak sup herba ikan siakap.

image
Saya suka beli herba yang telah dikeringkan dan stok di rumah sebab senang bila saya nak masak satu-satu resipi tu, bahan sentiasa ada.

image
Masakan ni mudah, cuma lama atas api..

image

Bahan-bahan:
1. 4 keping cendawan maitake
2. 1/2 cawan keladi cina
3. 2 (6″) batang burdock (gobo)
4. 3″ halia
5. 4 ulas bawang putih
6. 1 ekor ikan siakap
7. 3 tbsp minyak bijan
8. 6 cawan air
9. lada sulah dan garam secukup rasa

Cara memasak:
Masukkan semua bahan 1 ~ 5 ke dalam periuk dan tambah 6 cawan air, masak selama 1 jam 15 minit diatas api yang kecil. Tutup periuk, kemudian masukkan ikan. Bila dah masak baru masukkan minyak bijan, lada sulah dan garam secukup rasa.

Sup herba banyak khasiat, baik untuk kesihatan badan. Cuba le… ๐Ÿ™‚

Salah satu bahan yang digunakan iaitu keladi cina, boleh membantu mengurangkan lemak dan kolesterol dalam aliran darah, menguatkan buah pinggang, melarut kahak dan mukus.

Untuk bacaan selanjutnya mengenai khasiat burdock boleh klik di sini

dan khasiat maitake disini

Cambah benih (Sprouting) – 2

Ini adalah hasil cambah benih.
image
Saya cambah 3 jenis benih, 5 hari lepas kacang hijau, dua hari kemudian detox mix dan keesokkan harinya pula protein mix

image
Kita boleh dapat semangkuk besar taugeh dengan hanya 2tbsp kacang hijau hehe..

image
Tak lama lagi bolehlah makan detox mix dan protein mix pula, insyaAllah ๐Ÿ˜€
image
Tadi rendam 3 lagi jenis benih, brokoli, alfalfa dan kacang hijau. Suami lebih suka taugeh, nampaknya kenalah masak taugeh selalu..

image
Hmm… cambah benih nampaknya dah jadi hobi baru saya, dan hasilnya boleh memberi banyak manfaat pada saya dan keluarga. InsyaAllah
๐Ÿ˜€

image
Sebenarnya saya dan suami memang suka sangat makan taugeh tapi saya dah lama tak beli. Kini makan taugeh organik, cambah sendiri pulak tu. Best jugak hehe…

image
Plan nak masak sup taugeh ikut resipi korea, hmm…bijan dan minyak bijan dah habis jadi buat sup biasa je la. Saya masukkan 3 cawan air + ikan bilis, rebus. Keluarkan ikan bilis ( saya biarkan je ikan bilis dalam sup ), kemudian masukkan 1 labu bawang besar dipotong kiub, 3 ulas bawang putih di ketuk dan serbuk lada putih secukup rasa serta kicap. Masukkan taugeh, 1 tbsp minyak zaitun dan garam. Resipi korea kalau masak sup taugeh, dimasak atas api selama 25 minit. Jadi tadi saya pun biarkan lama atas api. ๐Ÿ˜€

Hari ini suami balik makan tengah hari di rumah. Kami makan sup taugeh. Hahaha…

Cara nak cambah benih boleh klik disini.