Ini adalah hasil cambah benih.
image
Saya cambah 3 jenis benih, 5 hari lepas kacang hijau, dua hari kemudian detox mix dan keesokkan harinya pula protein mix

image
Kita boleh dapat semangkuk besar taugeh dengan hanya 2tbsp kacang hijau hehe..

image
Tak lama lagi bolehlah makan detox mix dan protein mix pula, insyaAllah πŸ˜€
image
Tadi rendam 3 lagi jenis benih, brokoli, alfalfa dan kacang hijau. Suami lebih suka taugeh, nampaknya kenalah masak taugeh selalu..

image
Hmm… cambah benih nampaknya dah jadi hobi baru saya, dan hasilnya boleh memberi banyak manfaat pada saya dan keluarga. InsyaAllah
πŸ˜€

image
Sebenarnya saya dan suami memang suka sangat makan taugeh tapi saya dah lama tak beli. Kini makan taugeh organik, cambah sendiri pulak tu. Best jugak hehe…

image
Plan nak masak sup taugeh ikut resipi korea, hmm…bijan dan minyak bijan dah habis jadi buat sup biasa je la. Saya masukkan 3 cawan air + ikan bilis, rebus. Keluarkan ikan bilis ( saya biarkan je ikan bilis dalam sup ), kemudian masukkan 1 labu bawang besar dipotong kiub, 3 ulas bawang putih di ketuk dan serbuk lada putih secukup rasa serta kicap. Masukkan taugeh, 1 tbsp minyak zaitun dan garam. Resipi korea kalau masak sup taugeh, dimasak atas api selama 25 minit. Jadi tadi saya pun biarkan lama atas api. πŸ˜€

Hari ini suami balik makan tengah hari di rumah. Kami makan sup taugeh. Hahaha…

Cara nak cambah benih boleh klik disini.

Advertisements

4 thoughts on “Cambah benih (Sprouting) – 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s