Salam semua..

Resipi kali ini ialah masakan kurma tapi bukannya seperti yang biasa saya buat iaitu kurma ayam atau daging. Saya masak kurma ikan jenahak. Tak sangka semua ahli keluarga saya kata sedap! Bagi saya, ikan jenahak memang sesuai dibuat masakan kurma, mungkin juga kerana isinya lembut dan rasanya lemak-lemak sikit menjadikan masakan ini sedap..

image

Bahan-bahan:

3 keping ikan jenahak
1 labu bawang besar dibelah dua dan hiris nipis
3 ulas bawang putih dihiris nipis
3 sudu besar rempah kurma. Saya guna jenama adabi. Campur sedikit air jadikan pes
1 labu bawang besar dibelah empat
Cili padi. Terpulang citarasa pedas
1 biji besar buah tomato. Belah dua dan hiris nipis
1/3 cawan santan kotak
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak
Garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris nipis sehingga bawang kelihatan sedikit garing
2. Masukkan rempah kurma dan masak sehingga terbit minyak dan rempah kelihatan sedikit gelap
3. Masukkan ikan, tomato, bawang besar yang dibelah empat dan air. Kacau sehingga rata. Reneh sehingga ikan masak.
4. Masukkan santan dan garam. Masak sehingga kuah mendidih. Padam api
5. Akhir sekali, senduk buang lebihan minyak

2 thoughts on “Kurma Ikan Jenahak

  1. Salam Kasih, satu resepi yg tidak terfikir boleh dimasak menggunakan ikan…harus cuba utk satu kelainan…tengok gambarnya aja sudah menyelerakan…tahniah buat Kasih kerana begitu kreatif 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s