Ramai yang berkata, kalau makan banyak kacang boleh dapat gout, terutama makan kacang tanah. Hmm… pernah lah dengar begitu dari mereka yang menghidap gout. Baru ni saya baca, klik ~ I cured my gout, memberi informasi yang sangat menarik bagi mereka yang menghidap gout. Bila dah dapat gout, memang kena berhati-hati kalau nak mengambil sesuatu makanan, banyak betul pantang larang… tapi sebenarnya dalam apa jua, kesederhanaan adalah yang terbaik. Setiap yang overdose mesti ada kesan sampingan, ya tak?
Saya suka mengambil walnut mentah….
Saya suka beli pelbagai jenis kacang sebagai snek untuk keluarga. Banyak khasiat terkandung dalam kacang terutama dalam kacang mentah, contohnya kacang walnut. Diet yang kaya dengan kacang dan minyak walnut boleh membantu badan menangani tekanan dengan lebih baik. Menurut pasukan penyelidik dari Penn State, walnut boleh mempengaruhi tekanan darah pada masa rehat dan sewaktu stres. Kandungan omega 3 dalam walnut dikatakan sangat baik untuk kesihatan otak. Ia juga boleh menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkat kadar HDL. Makanan ini juga boleh mengurangkan c-reactive protein dan petanda lain keradangan/inflammation. Walnut juga boleh memberi manfaat pada sistem jantung serta peredaran darah dan juga pada saluran darah untuk bertindak balas kepada pelbagai rangsangan dengan cara yang sihat.
Walnut juga sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan dan boleh juga membantu mencegah kanser, khususnya kanser prostat dan payu dara serta kencing manis. Memandangkan antioksidan yang pelbagai dan anti radang yang terdapat dalam walnut, ia juga boleh membantu pada kesihatan tulang.
Selain daripada khasiat tersebut ada kajian mendapati lelaki yang mengambil 75g walnut setiap hari sebagai makanan tambahan kepada diet mempunyai peningkatan dalam kualiti air mani berbanding dengan lelaki yang tidak makan kacang.
Bagi saya jelas sekali walnut sangat berkhasiat dan kini kami pun mula mengambilnya.
Untuk bacaan tambahan
Seven Great Benefits of Walnut oil
Ohh saya pernah makan Kek yang ada Kacang Walnut, memang sedap!
Dah lama saya tak beli kek walnut, tiba2 rasa teringin pulak.. 😉