Pagi tadi ketika di pasar tani, saya ternampak buah belinggai atau dipanggil juga buah gelinggai. Lama benar saya tak makan buah ini, rasanya dah berpuluh-puluh tahun.

Pada mulanya saya kurang pasti ini buah belinggai tapi bila dihidu, baunya membuat saya terkenang pada buah yang sering saya makan dengan susu pekat pada masa saya budak-budak dulu. πŸ™‚

Buah belinggai biasanya dimakan begitu saja dan ada juga setengah orang buat air minuman atau makan dengan santan dan gula merah. Rasanya masam-masam lemak dan ia kaya dengan zat beta-carotene juga mengandungi vitamin B dan sedikit vitamin C.

Buah belinggai, dikatakan boleh membantu menurunkan kolesterol LDL, mengurangkan suhu panas badan dan baik untuk penghadaman.

image

image
Kulitnya keras dan perlu gunakan tukul atau parang untuk pecahkan. Buah belinggai berbau wangi dan mengandungi banyak biji-biji kecil.

Advertisements

2 thoughts on “Buah Belinggai

  1. Salaam, Kasih.

    Apa khabar? Semoga sihat walafiat hendaknya.
    Buah nie boleh dimakan seperti avocado? Tak pernah nampak buah nie.

    1. WaalaikumusSalam Nurhayyu.
      Alhamdulillah sihat walafiat. πŸ™‚
      Diharapkan begitu jua pada Nurhayyu.
      Buah ni payah nak jumpa. Macam tu lah, makan tanpa perlu dimasak tapi avocado lagi sedap, hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s