Menu Kesukaan Anak.

Anak-anak saya sangat suka masakan ayam atau daging berkicap. Hari ini saya masak satu lagi menu kegemaran mereka iaitu Ikan bilis berkicap. Mmm.. sedap! 🙂

Jom cuba.

image

Bahan-bahan:
1) 3/4 mangkuk ikan bilis yang telah dibersihkan
2) 10 ulas bawang merah dimayang nipis
3) 3 ulas bawang putih dihiris nipis
4) 12 biji cili padi
5) Kicap pekat
6) Sedikit lada hitam

Cara:
1) Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan
2) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan
3) Masukkan cili padi dan goreng hingga garing
4) Masukkan kicap dan ikan bilis dan kacau hingga sebati dan akhir sekali masukkan lada hitam. Goreng sehingga kering.
5) Masukkan ikan bilis ke dalam penapis dan toskan.

It is a simple dish and yet they ♥ it so much!

Khasiat Buah Gardenia

Beberapa bulan yang lalu, ketika saya berada di dalam Siam Supermarket, Bangkok..

Saya ternampak bebagai jenis herba dan salah satunya adalah buah gardenia. Masa tu saya tidak tahu yang buah gardenia ini adalah dari pokok bunga cina. Saya juga tidak tahu manfaat buah gardenia ini dan harganya pun tidaklah mahal.

Rupanya herba ini sering digunakan dalam perubatan Cina.

Buah gardenia banyak khasiatnya terutama untuk merawat jangkitan pundi kencing. Ia juga boleh merendahkan tekanan darah dan melegakan sakit dan pening kepala, demam panas, merawat sembelit, buang air kecil tidak lawas, batuk dan muntah berdarah, sakit kelamin seperti gonorea dan demam kuning.

Air rebusan buah gardenia baik untuk stres, ketegangan, kegelisahan dan membantu insomnia.

image

image

image

image

Pokok bunga cina mengeluarkan bunga berwarna putih dan baunya harum. Kelopak bunga cina sering dimasukkan ke dalam minuman teh untuk mendapatkan bau wangi.

Oh ya, bagi mereka yang mengambil ubat darah tinggi, dapatkan pandangan doktor sebelum mencuba teh gardenia.

Ruj:
Ong Hean Chooi:
Tanaman hiasan
Khasiat makanan & Ubatan
Siti Fauziah:
Tanaman hiasan Ubatan
Di Sekeliling Anda

Health Benefits of Gardenia Tea

Udang Berserai

SELERA KASIH 🙂

Udang Berserai pembuka selera.

1448543654970

 

Bahan-bahan:
1) 20 ekor udang segar sederhana besar, buang kulit dan bersihkan
2) Cili merah & cili padi dikisar/tumbuk kasar. Banyak, terpulang pada citarasa pedas
3) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
4) 1 biji tomato dihiris kiub
5) 4 helai daun muda limau purut, buang bahagian keras dan mayang halus dan dicincang.
6) 3 batang serai, ambil bahagian lembut, dihiris nipis dan dicincang
7) Jus lemon. Banyak, terpulang pada citarasa masam
8) 2 sudu besar minyak zaitun & garam secukup rasa.

Cara:

1) Masukkan udang ke dalam periuk. Masak sekejap di atas api yang kecil. Kemudian biarkan sejuk
2) Masukkan bahan 2~8 ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati
3) Akhir sekali masukkan udang & air udang ke dalam mangkuk dan gaul rata.

Selamat menjamu selera.