Anak-anak saya sangat suka masakan ayam atau daging berkicap. Hari ini saya masak satu lagi menu kegemaran mereka iaitu Ikan bilis berkicap. Mmm.. sedap! 🙂
Jom cuba.
Bahan-bahan:
1) 3/4 mangkuk ikan bilis yang telah dibersihkan
2) 10 ulas bawang merah dimayang nipis
3) 3 ulas bawang putih dihiris nipis
4) 12 biji cili padi
5) Kicap pekat
6) Sedikit lada hitam
Cara:
1) Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan
2) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan
3) Masukkan cili padi dan goreng hingga garing
4) Masukkan kicap dan ikan bilis dan kacau hingga sebati dan akhir sekali masukkan lada hitam. Goreng sehingga kering.
5) Masukkan ikan bilis ke dalam penapis dan toskan.
It is a simple dish and yet they ♥ it so much!
makan dengan apa ya ikan bilis berkicap ni. nampak sedap! nak masak untuk housemates lar. 😉
As salam Iqah..
Sedap makan dengan nasi putih, panas2.. 🙂