Pokok Akar Som yang juga dikenali sebagai Ginseng Jawa mudah tumbuh dan cepat membiak. Saya beli sepokok kecil, beberapa bulan yang lepas, kini dah merimbun. Saya tanam pokok ini di tepi kolam ikan sebagai tanaman hiasan. Daunnya yang lebar dengan bunga warna pink, membuat laman kolam ikan saya, nampak cantik lah sikit. 🙂

Pokok herba akar som mempunyai khasiat perubatan. Hampir semua bahagian pokok herba ini boleh dimakan. Akar som diguna sebagai aphrodisiac untuk meningkatkan kecergasan badan. Ia juga digunakan bagi merawat masalah hati dan masalah buah pinggang, buasir, cirit birit, haid yang tidak teratur dan keputihan. Ia juga diambil untuk mengeluarkan peluh. Herba akar som boleh meningkat aliran susu badan bagi ibu yang menyusu.

Daun akar som boleh dimakan mentah sebagai ulam atau salad. Ia juga boleh digoreng dan dimasak sup. Untuk dinner semalam, salah satu menu yang dihidangkan ialah ‘Som Jawa Udang Kukus’.

Pengambilan akar som yang berlebihan boleh menyebabkan rasa mual, muntah dan sesak nafas.

POKOK AKAR SOM.
image
Pokok akar som lebih mudah menyerap logam berat daripada tanah. Oleh itu perlu pastikan tanah yang digunakan tidak tercemar dengan logam berat.

SOM JAWA UDANG KUKUS.
image

Bahan-bahan:
1) 1/2 mangkuk kecil akar som yang telah dikukus. Jangan kukus lama.
2) 1/2 mangkuk kecil daun bawang segar yang dihiris
3) 8 ekor udang besar dikukus sekejap dan dihiris
4) Jus 3/4 biji lemon
5) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
6) 3 biji cili padi merah dihiris nipis
7) 1 tbsp minyak bijan
8) Sedikit serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Caranya:
1) Selepas daun dikukus sekejap saja, segera siramkan dengan air sejuk dan toskan supaya daun tidak menjadi lembik. Jangan perah daun ini walaupun sedikit sebab lendir akan keluar.
2) Dalam mangkuk satukan bahan 4~8, kacau hingga sebati. Kemudian masukkan daun akar som, daun bawang dan udang. Gaul sehingga rata.

Daun akar som ini agak berlendir, jadi saya suka masukkan banyak jus lemon supaya terasa lebih masam.

Ok, selamat mencuba.


●It is not expensive to be well and healthy
.

Manfaat akar som

5 thoughts on “Khasiat Akar Som

    1. Minta maaf En. Nor Fuadi, dirumah saya dah tak ada. Bulan lepas saya terpaksa buang sebab musim hujan pokok tu rosak. Saya beli pokok ini di pasar tani…

Leave a comment