Paku Bukit Berempah

Alhamdulillah masakan ini disukai keluarga. 😀

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk sayur paku bukit yang telah dikerat2. Batang yang besar dibelah dua.
2) 1 1/2 tsp rempah kari ikan
3) 1 tbsp tepung beras
4) Garam secukup rasa

Cara:
1) Gaul semua bahan 1 ~ 4 dan perap selama 1 jam.
2) Panas minyak yang banyak dan goreng paku bukit sehingga garing
3) Toskan

Ok selamat mencuba.
Resipi yang mudah dan sedap, hehe…

Advertisements

Sirih meredakan batuk?

Kelmarin saya mengalami kesukaran untuk tidur kerana batuk tanpa henti. Rasanya berjangkit dari mak dan adik saya yang baru pulang dari Mekah. Sakit dada yang amat sangat. Kali akhir saya diserang batuk sebegini ialah pada dua tahun lepas selepas pulang dari menunaikan haji. Saya dapati ramai yang akan mengalami batuk-batuk sekembalinya mereka daripada Tanah Haram, mungkin kerana cuaca dan ramai orang. Walaupun kadang-kadang tu taklah serius sangat tapi ia akan mengambil masa yang lama juga untuk sembuh.

Bangun pagi itu badan rasa sangat letih kerana tak cukup tidur dan juga rasa perit tekak. Saya teringat yang saya pernah tulis tentang daun sirih satu ketika dulu. Selepas sarapan saya pun cuba ambil daun sirih bagi melegakan batuk. Saya kunyah kemudian telan airnya dan buang hampas daun sirih. Saya dapati batuk saya semakin reda dan selama 5 jam saya tidak mengalami batuk tetapi pada lewat tengah hari saya mula rasa kering tekak. Bagi saya daun sirih sangat berkesan bagi melegakan batuk kerana sebelum ini paling cepat batuk boleh hilang pun mengambil masa beberapa hari juga. Bila lewat petang saya kunyah sehelai lagi daun sirih, rasa lega betul… Walaupun tidak sembuh sepenuhnya tapi boleh dikatakan hampir 80 peratus dah kurang..

Namun begitu saya tidak terus mengambil daun sirih kerana saya dapati walaupun batuk banyak berkurangan tapi deria rasa saya juga turut berkurangan… adakah mengambil daun sirih boleh memberi kesan pada deria rasa? Bagaimana dengan mereka yang sering makan sirih dan pinang? Mungkinkah saya seorang saja yang rasa begitu?

Anyway, Alhamdulillah batuk dah banyak berkurangan… dan bila makan sup ayam berempah ini badan pun rasa segar. 🙂

SUP AYAM BEREMPAH

1448590819274

 

 

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam kampung

1 sudu besar biji lada hitam

1 sudu besar biji ketumbar

1 sudu teh biji jintan manis

1/2 sudu teh biji jintan putih

2 inci halia

garam secukup rasa

 

Cara:

Rebus ayam dengan air secukupnya dan masuk semua bahan-bahan di atas. Bila ayam dah masak tutup api baru masukkan garam secukup rasa.

Ok, jom makan sup ayam berempah yang berkhasiat.