Percutian Di Melbourne – 3

Ke Brighton Beach..

Dari train station di Flinders street kami menuju ke Brighton Beach yang terletak di Dendy Street. Kami ke sana semata-mata hendak melihat bathing boxes yang terletak di persisiran pantai. Tengok dalam internet, nampak macam cantik

Setelah tiba di Brighton Station kami berjalan kaki di sepanjang pantai selama lebih kurang 15 minit. Dari jauh dah boleh nampak deretan 82 buah bathing boxes yang berwarna warni yang merupakan salah satu ikon pelancongan Melbourne. Bathing boxes ini nampak menarik dan unik tapi tiada kemudahan letrik dan air di situ. Tak pasti apa kegunaannya sebab tak nampak orang guna pun. Bilik persalinan barangkali.
Ketika bergambar di depan bathing boxes tu, sempat juga saya tinjau lihat dalam kotak-kotak tu, rupanya kosong, tak ada apa-apa pun di dalamnya. Cantik di luar je

Dari pantai, seberang jalan kelihatan banyak rumah-rumah mewah warga terkaya di Melbourne….

image

image

image

image

image

image

image

Advertisements