Pokok semambu mempunyai khasiat yang sangat besar pada kesihatan. Ia adalah herba yang sangat terkenal di Negara India. Semambu telah digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati.
Semambu mengandungi anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Serbuk daun semambu sangat berkesan dan melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia adalah sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.
Pokok semambu, gambar dari wikimedia

Pokok semambu, gambar dari wikimedia

Minyak semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.
Daun semambu juga boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. Walau apa pun dapatkan pandangan pakar sebelum mengambilnya…
Oleh kerana manfaatnya yang sangat luas, kini semambu menjadi perhatian dalam perubatan moden.
Bacaan tambahan:
“Neem: A Tree for Solving Global Problem
Medicinal properties of Neem
The Desktop Guide to herbal medicine