Durian dah jadi Tempoyak

Masa berlalu begitu pantas. Rupanya dah 23 hari usia tempoyak saya.

image

Tadi rasa sedikit tempoyak, dah masam, just nice. Alahai, tak adalah pula ulam dalam peti sejuk. Kalau tidak dinner malam ini sungguh menyelerakan.

Nak buat tempoyak mudah saja, cuma masukkan sedikit garam pada durian yang telah di lenyek. Kemudian masukkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Tunggu 3 minggu. Tada! dah jadi tempoyak.

Saya guna sea salt atau Himalayan salt dalam setiap masakan, kerana garam ini mengandungi banyak zat mineral, baik untuk kesihatan. Garam biasa (table salt) dikatakan boleh memudharatkan tubuh badan.

image

image

Kita cuba jaga kesihatan sebaik mungkin. Tapi jika Allah takdirkan kita sakit, kita tetap akan sakit! Jaga kesihatan adalah satu kewajipan atas diri kita.