Pisang Keju

Resipi hari ini mudah dan simple. Semoga ramai yang suka. 😀
Setiap kali ke pasar tani, saya akan beli pisang tanduk sebab keluarga suka sangat dengan rasanya yang sedikit masam-masam manis..

image

1 pisang tanduk di belah 4.  Saya sapu sedikit minyak pada bekas dan bakar pisang selama 30 minit pada suhu 200°C

image

Kemudian keluarkan dari oven letak sedikit butter pada pisang.

image

Bila butter dah cair, saya letak keju (saya guna kraft cheese singles) dan bakar selama 5 minit lagi. Kalau tak diet, boleh la letak keju berlapis-lapis, hehe..

image

Tada! dah boleh makan. 😉
Selamat mencuba