Sup herba ikan siakap

Semalam saya masak sup herba ikan siakap.

image
Saya suka beli herba yang telah dikeringkan dan stok di rumah sebab senang bila saya nak masak satu-satu resipi tu, bahan sentiasa ada.

image
Masakan ni mudah, cuma lama atas api..

image

Bahan-bahan:
1. 4 keping cendawan maitake
2. 1/2 cawan keladi cina
3. 2 (6″) batang burdock (gobo)
4. 3″ halia
5. 4 ulas bawang putih
6. 1 ekor ikan siakap
7. 3 tbsp minyak bijan
8. 6 cawan air
9. lada sulah dan garam secukup rasa

Cara memasak:
Masukkan semua bahan 1 ~ 5 ke dalam periuk dan tambah 6 cawan air, masak selama 1 jam 15 minit diatas api yang kecil. Tutup periuk, kemudian masukkan ikan. Bila dah masak baru masukkan minyak bijan, lada sulah dan garam secukup rasa.

Sup herba banyak khasiat, baik untuk kesihatan badan. Cuba le… 🙂

Salah satu bahan yang digunakan iaitu keladi cina, boleh membantu mengurangkan lemak dan kolesterol dalam aliran darah, menguatkan buah pinggang, melarut kahak dan mukus.

Untuk bacaan selanjutnya mengenai khasiat burdock boleh klik di sini

dan khasiat maitake disini

Khasiat cendawan maitake

Semalam masak sup cendawan maitake. Sup ini sangat berkhasiat kerana cendawan maitake menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

image
Maitake raja cendawan? Anti kanser?

Maitake telah di amalkan dalam perubatan tradisional China dan Jepun sejak berabad-abad lamanya. Ia mengandungi sejenis polisakarida yang di panggil beta glucan, yang boleh juga ditemui dalam yeast dan beberapa cendawan yang lain. Kandungan beta glucan yang tinggi dalam maitake merangsangkan sistem imun dan mengaktifkan sel-sel bagi mengurangkan risiko kanser, melambatkan pertumbuhan tumor, melindungi sel-sel sihat daripada menjadi kanser, mengurangkan kesan sampingan kemoterapi, meningkat keberkesanan merawat kanser, merendahkan tekanan darah, mengawal tahap gula dalam
darah dan meningkat kesihatan jantung. Ia juga dilaporkan membantu pencernaan.

Maitake tea? Sangat menarik untuk di cuba!! Apa yang perlu saya lakukan ialah kisar cendawan maitake kering (organik) sehingga menjadi serbuk halus. Kemudian bancuh kedalam air panas seperti biasa. Agaknya bagaimana rasa maitake tea ni bila dimaniskan dengan madu atau di masukkan perahan lemon atau teh O panas + serbuk maitake….

Serbuk cendawan maitake boleh dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Hmm… cendawan pun dah habis, kalau tidak boleh le cuba buat maitake tea esok. 😀

image
Informasi dari buku ini sangat bermanfaat untuk kita…