Hati Masak Serai

Dah lama sangat tak masak hati lembu. Selain dari goreng kunyit, saya suka juga kalau hati lembu dipotong kecil-kecil dan masak rendang dengan daging dan limpa. Hmm.. memang sedap!

Masakan kali ini banyak guna serai dan sebab itulah saya namakan resipi ini Hati Masak Serai.. bila dah banyak serai, memang wangilah masakan ini. 🙂

image

image

Bahan-bahan:
1) 1/2 kilo hati lembu di hiris nipis
2) 5 batang serai dipotong dan tumbuk hancur
3) 6 ulas bawang putih di tumbuk bersama serai
4) 2 batang cili merah & garam secukup rasa.

Perap hati dengan bahan yg ditumbuk selama 4 jam di dalam peti sejuk. Kemudian goreng hingga garing dan masukkan cili merah. Kalau suka pedas boleh masukkan cili padi..

Mudahkan?

Tak nak cuba ke? 😀