Kurma Ayam

Assalamualaikum
Masakan kurma ayam kegemaran anak-anak saya..
Aromanya menyelerakan
Regu dengan sambal dan ulam
Makan nasi bertambah-tambah 😄

image

1) 1 ekor ayam kampung dibuang kulit dan potong 8
2) 4 sudu besar rempah kurma Adabi campur sedikit air dan gaul rata
3) 2 labu bawang besar dibelah 4 setiap satu
4) 4 ulas bawang putih dihiris
5) 4 biji kentang dikupas kulit dan belah dua setiap satu
6) 1 biji tomato dibelah empat
7) 2 kuntum bunga lawang
8) 3 buah pelaga
9) 2 inci kulit kayu manis
10) 4 bunga cengkih
11) 1 1/2 cawan air
12) 1/2 kotak kecil santan kotak jenama kara
13) 1/3 cawan minyak (minyak yang banyak perlu untuk memastikan rempah benar-benar masak sehingga terbit minyak dan bertukar warna gelap)

Cara:

1) Panaskan minyak
2) Tumis bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
3) Masukkan bawang besar dan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan
4) Masukkan rempah kurma dan masak sehingga terbit minyak
5) Masukkan air dan ubi kentang.
6) Kemudian masukkan ayam
7) Bila ayam sudah masak masukkan tomato, santan dan garam secukup rasa. Reneh sehingga kuah sedikit pekat.
8) Akhir sekali buang lebihan minyak dalam kuah.