Mawar

Saya suka lagu Mawar Putih untuk Mama dendangan Dato’ Sharifah Ani. Ia menyentuh perasaan…..

Saya rakam gambar-gambar dibawah beberapa bulan yang lalu ketika saya melawat festival bunga mawar di Seoul Korea. Memang cantik, berwarna warni. Tapi yang sangat menariknya tentang bunga-bunga mawar ini adalah ia juga mengandungi khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan badan.

Jom baca… 🙂

image

image

image

image

image

image

Bunga mawar mempunyai ciri-ciri perubatan. Selain itu ia juga digunakan dalam beberapa produk kosmetik dan penjagaan kulit.

Khasiat bunga mawar memberi manfaat pada jantung, membantu mengurangkan paras kolesterol, menggalakkan aliran hempedu, mengurangkan senggugut, membantu mengawal haid, menghentikan pendarahan, membantu pencernaan, merawat selsema, hepatitis, sakit perut dan cirit-birit. Ia juga sering digunakan untuk merawat kemurungan.

Apabila membuat teh kelopak bunga mawar, kita perlu pastikan, mengunakan kelopak bunga mawar yang bebas dari racun perosak. Kedai-kedai bunga biasanya mengunakan racun perosak untuk rawat bunga bagi mengekalkan kesegaran dan juga untuk tahan lama. Bunga-bunga ini tidak boleh digunakan untuk membuat teh. Kelopak bunga mawar organik boleh dijemur kering untuk simpanan. Manakala pucuk dan daun muda mawar boleh dimakan mentah dan juga dimasak.

Cara membuat teh kelopak bunga mawar

1) Ambil dua cawan kelopak bunga segar atau 1 cawan kelopak bunga kering dan masak dengan 3 cawan air selama 5 minit diatas api yang sederhana
2) Tapis. Boleh manis dengan madu kalau suka.

Ref:

The Desktop Guide to Herbal Medicine

Barthram’s Encyclopedia of Herbal Medicine


Rose petal tea

Dll.

Khasiat biji labu (Pumpkin seeds)

Baru saja lepas minum air pegaga yang dicampur dengan madu. Alhamdulillah sangat selesa…..
Entri semalam tentang biji labu dan prostat. Hari ni nak sambung sedikit lagi tentang khasiat biji labu untuk kesihatan badan.

image
(Khasiat yang tinggi dalam biji labu mentah terutama enzim, vitamin E, K dan mineral seperti magnesium, zink, mangan, fosforus, besi dan tembaga serta antioksidan beta karotena dan lutein)

Biji labu dikatakan ‘ superfood’ kerana khasiatnya baik untuk kesihatan badan. Sering masuk kedalam diet harian, selain dapat memelihara hormon, ia juga boleh mencegah batu karang buah pinggang, mengurangkan gejala arthritis dan risiko osteoporosis, menurunkan kadar kolesterol LDL dan melindungi folikel rambut serta kesihatan mata. Biji labu ini juga boleh menjadi rawatan semulajadi yang sangat berkesan bagi menghapuskan cacing pita yang terdapat di dalam usus.

Khasiat biji labu juga memberi manfaat kepada wanita menopaus. Mengambil 2gram sehari selama 12 minggu telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kepekatan kolesterol lipoprotein dan pengurangan dalam tekanan darah diastolik. Ia juga membantu melegakan gejala menopaus dengan pengurangan ‘hot flashes’, sakit kepala dan sakit sendi. Kandungan L-trytophan yang terdapat di dalam biji labu sering dicadangkan membantu merawat kemurungan.

Hmm….Bagus juga biji labu mentah ni saya jadikan makanan snek ketika menonton tv!