Cemamar

Ramai orang kata cemamar ni nampak macam daun kari tapi besar. Entahlah, mungkin juga 🙂

Bau daun cemamar agak kuat dan rasanya, bagi pandangan saya dipengaruhi oleh bau dan sedikit pahit. Sedap? Hmmm… saya kurang gemar pucuk muda ulam cemamar. Tapi cemamar ini berkhasiat dan baik untuk kesihatan badan.

Cemamar digunakan sebagai herba untuk merawat tenaga batin, melancarkan peredaran darah dan baik untuk wanita yang baru lepas bersalin. Ia juga mampu menurunkan kadar kolesterol, merawat lemah badan, badan kesejukan dan berangin.

image

Bagi mereka yang ada darah tinggi tidak digalakkan memakan cemamar kerana ia boleh membuat badan terasa panas dan akan menyebabkan rasa pening..

Daun cemamar juga boleh merawat pelbagai jenis penyakit kulit.

Oh ya, biasanya pucuk muda cemamar dimakan sebagai ulam 🙂