Cherries

Buah cherries/ceri kaya dengan vitamin dan mineral dan ia mempunyai beberapa ciri penyembuhan. Ia mengandungi pigment tumbuhan iaitu anthocyanin yang merupakan antioksidan yang kuat dalam pencegahan anemia, penyakit jantung dan kanser. Orang yang sering minum jus ceri dapat tidur dengan lebih baik dan lama kerana jus ini meningkatkan tahap hormon melatonin dalam badan; hormon yang mengawal tidur.

image

Ceri boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan dalam arthritis, gout dan migraine.

Ref:


Health benefits of cherries

Khasiat Herba Sambung Nyawa

Pokok sambung nyawa sangat mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Terdapat 2 jenis, satu berdaun ungu dan satu lagi daunnya hijau. Rasa kedua2 daun ini sama saja.

image

image

Daun ini dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, meredakan migrain dan mengawal tekanan darah tinggi.

Bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis, berhati-hatilah bila mengambil daun ini kerana dikhuatiri akan merendahkan lagi paras gula dalam darah. Begitu juga bagi mereka yang mengambil ubat darah tinggi. Jadi kenalah monitor selalu..

Selain itu daun ini dikatakan boleh menegangkan kulit untuk awet muda. Sejauh mana kesahihannya, kenalah cuba dulu. 🙂

Rujukan:
Che Aniha Che Isahak : 99 HERBA

Khasiat Thyme.

Thyme merupakan herba yang mampu untuk menyembuhkan sebilangan penyakit, InsyaAllah. Ia dikatakan dapat meningkat aliran air kencing, merawat senggugut dan simptom PMS. Thyme juga digunakan sebagai tonik yang sangat baik untuk stres, migrain, kemurungan dan masalah lain pada sistem saraf serta digunakan juga untuk merawat jangkitan pada usus dan paru-paru.

image

Teh herba thyme adalah minuman kesihatan yang popular. Thymol yang terdapat dalam thyme adalah antioksidan yang kuat yang boleh membantu meningkatkan lemak yang sihat dalam sel-sel otak. Berkumur dengan air suam thyme dan minum sedikit2 teh thyme boleh membantu melegakan batuk, sakit tekak dan gejala bronkitis. Teh thyme sering disyorkan oleh pengamal perubatan herba untuk menggalakkan penghadaman yang baik serta melegakan kembung dan senak perut. Ia juga boleh membantu melegakan kekejangan usus.
Pengambilan thyme dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan fungsi tiroid dan juga keracunan. Simpton kurang serius adalah akan muntah, cirit birit dan pening.

Cara mengambil:
Rendam 2 tsp thyme ke dalam 1 cawan air panas (tutup cawan) selama 10 minit. Tapis dan minum 3 kali sehari selepas makan.

Herba boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan dan menyebabkan kesan sampingan. Dapatkan nasihat doktor jika bercadang untuk mengambil mana-mana herba untuk setiap hari atau untuk tempoh masa yang panjang, terutama jika anda sedang mengambil ubat atau sedang menjalani rawatan perubatan.

Ref:
HERBS The Healing Nature

Health Benefits of Thyme