Sup Ayam Ketumbar untuk Detoks?

Resipi ini sesuai untuk mereka yang merancang nak melakukan detoks. Daun ketumbar yang dimasukkan ke dalam sup ayam ini mempunyai banyak kelebihan selain mampu menyahkan logam berat yang terdapat di dalam badan. Sering melakukan detoks membuat badan terasa lebih ringan, segar dan sihat. InsyaAllah.

Keracunan logam berat dalam tubuh menjadi punca ketidakseimbangan hormon, kanser, masalah tiroid, gangguan neurologi, kemurungan dan alahan makanan.

Apabila terlalu banyak toksin terkumpul di dalam badan, metabolisme menjadi perlahan dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya toksin berpotensi merbahayakan tisu badan dan boleh membawa kepada penyakit.

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung
2) 4 ulas bawang putih
3) 3″ lengkuas di hiris nipis
4) 1 ikat daun ketumbar
5) Cili padi dan garam secukup rasa.
6) 4~5 cawan air

Bila air dah mendidih, masukkan ayam dan bahan lain dan rebuslah sehingga masak. Akhir sekali baru masukkan garam secukup rasa.

Jom detoks! 🙂

Bacaan lanjut: khasiat ketumbar.

Daun ketumbar dikatakan makanan penyembuhan dan mempunyai lebih besar kepekatan antioksidan dari beberapa jenis buah dan sayuran…

Khasiat Bendi

Bendi adalah salah satu sayur kegemaran saya, murah tetapi memberi banyak manfaat kesihatan yang luar biasa pada tubuh badan.

Dikatakan bendi dapat membantu menguatkan daya ingatan dan kecergasan otak. Bendi sering dijadikan satu sumber makanan yang baik untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, untuk meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang dan boleh juga mengurangkan masalah susah bersalin. Air rebusannya sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul.

image
Bendi boleh menutralkan asid dalam darah kerana dikatakan ia bersifat alkali.

image
Buku ini juga dirujuk.

Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes.

Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.

Lendir bendi boleh menyejukkan dan melembutkan kulit. Hmm…..saya kena cuba petua ni 😉

Herba Sage

Sage adalah herba yang sangat popular, bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi juga dikatakan sebagai penawar kepada berbagai penyakit.

image

image
bagi saya sage adalah herba yang harum

image
(sage adalah salah satu herba kegemaran saya, biasanya saya beli yang dikeringkan dan organik tapi baru2 ni pergi supermarket beli yang ‘fresh sage’ . Kalau nak buat teh sage dari daun kering, gunakan separuh dari daun segar. Saya biasanya guna cuma 3 keping sage kering dalam secawan air panas, rendam selama 15 minit. Pastikan cawan ditutup semasa rendam sage)

Sage membantu membersihkan darah dan menyahkan toksik, mungkin boleh menghalang penyakit Alzheimer, anti radang, anti hipertensi dan anti diabetes. Satu kajian dari saintis jabatan mikrobiologi dan kemoterapi di Kamura Jepun, menunjukkan teh sage dapat membantu mengelakkan pembekuan darah dari terbentuk. Dikatakan sage baik untuk kesihatan otak dan mulut dan detoksifikasi hati. Teh sage dikatakan juga dapat merawat sakit tekak dan batuk. Sage dapat melegakan simptom ‘ hot flashes’ bagi sesetengah wanita yang menghadapi menopaus.

Penyakit sawan, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang boleh bertambah serius jika mengambil sage pada dos yang berlebihan begitu juga dengan pening kepala dan degupan jantung yang laju. Jika mengalami gejala2 seperti sukar bernafas, sakit dada, gatal2 kulit, ruam dan bengkak, ini mungkin anda mengalami alahan kepada sage. Ibu2 yang menyusu dinasihatkan tidak mengambil sage kerana boleh mengeringkan aliran susu.

Walaubagaimana pun maklumat yang diberi di laman blog ini tidak bermaksud sebagai pengganti nasihat daripada doktor atau penasihat professional kesihatan.