Rendang Pedas Untuk Juadah Aidilfitri

Assalamualaikum

Raya baru-baru ini, saya masak dua jenis lauk iaitu rendang pedas dan daging kerutuk. Resipi asal rendang pedas ini adalah dari ibu mertua saya, Puan Sri Hajah Radziah bt Hj. Yaakob.

Saya sajikan lauk ini bersama ketupat pulut, lemang dan nasi himpit. Memang best! 😀

image

image

Bahan-bahan:

1 kilo daging batang pinang/lembut dipotong kiub saiz sederhana
1 kilo paru direbus sehingga masak, bila sudah sejuk, dipotong kiub saiz sederhana
1 kilo santan segar
2 sudu besar kerisik
Gula kabung/merah secukup rasa
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit di carik, batang keras daun dibuang
5 helai daun limau purut, urat daun dibuang.

Bahan kisar:
8 batang serai
7cm lengkuas
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk ketumbar
40 tangkai cili kering, buang biji dan rendam dengan air panas selama 5 minit (cili kering ini jenis kurang pedas)
5 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
5 cm halia
1 1/2 cawan air

Cara:
Masukkan bahan kisar, daging, paru dan santan ke dalam kuali. Kacau sehingga rata dan masak di atas api sederhana
Bila rendang hampir kering, masukkan kerisik, daun kunyit, daun limau purut, gula dan garam.
Kecilkan api dan masak rendang pedas sehingga kering. Kacau selalu.

Rendang Daging & Paru

Assalamualaikum.
Agak lama juga saya tidak kongsi menu masakan di sini. Kebelakangan ini saya agak sibuk sehingga tidak sempat untuk saya merakam gambar setiap masakan yang dimasak. 🙂

Hari ini saya share satu masakan rendang kesukaan keluarga saya..
Selain sedap dimakan dengan nasi, rendang ini sangat sesuai digandingkan dengan ketupat pulut atau pulut kuning.

Jom cuba!
image

Bahan-bahan:

1) 1 kilo daging dipotong kiub kecil
2) 1 kilo paru/kelampung dipotong 4 ketul, rebus selama 20 minit sehingga lembut dan dipotong kiub kecil
3) 500g santan segar daripada 2 biji kelapa
4) 50g kerisik
5) 2 helai daun kunyit, buang batang keras dan hiris daun nipis
6) 4 helai daun limau purut, buang urat daun dan hiris nipis
7) 1 sudu makan gula melaka/kabung
8) Garam secukup rasa

Bahan: kisar Lumat

1) 35 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas selama 5 minit
2) 5 biji cili padi
3) 350g bawang merah
4) 5sm halia muda
5) 2.5sm lengkuas
6) 6 batang serai
7) 1 sudu teh serbuk kunyit
8) 1 cawan air

Cara:

1) Masukkan daging, paru, santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih
2) Kecilkan api dan masak sehingga kuah pekat. Kacau sekali sekala
3) Masukkan kerisik dan kacau selalu sehingga kuah kelihatan sangat pekat, berminyak dan daging serta paru lembut
4) Akhir sekali masukkan gula, garam, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sehingga rata dan padam api.

—————————————————————-

English version, as requested by some readers.

BEEF & LUNG RENDANG
Ingredients:

1) 1 kg beef, cut into small cubes
2) 1 kg Cow’s lungs, cut lungs into 4 chunks and boil for 20 minutes until slightly soft, then cut into small cubes
3) 500g coconut milk from 2 coconuts
4) 50g kerisik ( grated coconut, pan-fried without oil over low heat until brown and pounded/bleanded to a fine paste )
5) 2 turmeric leaves, finely sliced
6) 4 kaffir keaves, finely sliced
7) 1 tablespoon molasses sugar/brown sugar
8) Salt

Ingredients to be ground:

1) 35 dried chillies, seeded and soak in hot water for 5 minutes
2) 5 bird’s eye chillies
3) 350g shallots, peeled
4) 5cm young ginger
5) 2.5cm galangal
6) 6 stalks lemongrass
7) 1 teaspoon turmeric powder
8) 1 cup water

Method:

1) Into a wok, put beef, lungs and ground ingredients. Stir in coconut milk and bring to a boil.
2) Reduce heat and simmer, stirring occasionally until gravy is thick
3) Add kerisik and stir continously until gravy is very thick and oily and meat tender
3) Lastly, add sliced leaves, sugar and salt to taste. Remove from heat

Yummy!